..

..

BANGLO MEWAH : NASIHAT PEDAS ADAM ADLI KEPADA DATUK ADAM ROSLY

on Friday, November 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Pesanan Adam Adli Kepada Adam Rosly.
Nama dah hampir sama tapi nasib jauh berbeza, seorang jutawan muda seorang dah jadi aktivis sosial yang tidak lagi aktif berpolitik.
--------------------------------------------------------------------------------
“Saya tidak ada sebarang perkara hendak kecam pada mana-mana individu, apa lagi perkara itu belum dibukti salah benarnya. Cuma suka saya berkongsi rasa dan pandangan, iaitu lazimnya, lihat balik kepada lipatan sejarah.
“Antara tanda awal bibit kejatuhan sebuah kerajaan hebat mahupun empayar besar itu adalah apabila rakyatnya sedang hidup dalam keadaan sukar, tetapi pemimpinnya pula dilihat makin mewah dan senang lenang.
“Ini telah diajar dalam sejarah moden kita sendiri. Baik di Perancis, di Iran, di Mesir, di Indonesia, di Filipina, di Rusia, di mana-mana negara sahaja di dunia ini,” tegas Adam Adli kepada portal pro kerajaan Pusat itu.
Beliau juga membangkitkan kisah kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada 2008 apabila rakyat negeri itu menghukum parti pemerintah yang ‘terleka’ dan tidak menjaga kepentingan rakyat bawahan.



“Di Selangor dahulu pun, apabila rakyat melihat pemimpinnya mewah, tapi rakyatnya masih menunggu rumah kos rendah mereka tolak BN. Dan apabila jatuh pula, jangan diharapkan rakyat akan berasa simpati.


“Tiada satu pun pemimpin mewah dalam negara atau negeri yang masih lagi rakyatnya pula kena hidup susah, akan dikasihani kembali oleh rakyatnya setelah mereka itu jatuh. Malah selama-lamanya pula akan dihina.
“Maka sebab itu, saya fikir wajar untuk kita berhati-hati dalam menilai duduk letak diri jika mahu jadi pemimpin,” katanya sambil berpesan kepada Adam Rosly, supaya pemimpin muda itu berpada-pada mengumpul kekayaan.
Ini kerana sebagai pemimpin kecil dalam parti, tanggungjawab sebenar mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat marhaen yang teruk tertindas dan bukan pula hidup bermewah-mewah dengan segala macam aset mahal.
“Kita hormati hak individu masing-masing untuk kumpul kekayaan diri sendiri, untuk pilih gaya hidup masing-masing, cuma untuk bergelar pemimpin yang mewakili rakyat tertindas, maka kenalah berpada-pada juga.
“Penilaian kita biar waras. Ini saya kira pedoman yang baik untuk semua yang bergelar pemimpin. Terserah kepada pendirian masing-masing untuk menerima atau tidak,” luah Adam Adli lagi.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    kau setakat jd macai je la layaknya.. otak bodoh letak kat buntut.. ko ingat yg diorg bermatian nak jd pemimpin tu sbb nak hidup susah.. ko ni mmg tak layak hidup sbg manusia sbb terlalu bangang dan senang dibangangkan.. mcm lembu bangang nya..

  2. Anonymous says:

    kalo tak nak kayo mcm ade rosy mu jd kaki demo ler smpai tua kah hah hah hah.. sesungguhnya pembangkang itu majoritinya dipimpin oleh mereka2 yg tiada pedoman & nilai2 iman..baik kafir mahupun muslimnya.

    PAS
    Teruskan beristiqamah

  3. Anonymous says:

    klu ikhlas Pakatan itu nk berjuang untuk rakyat ade la awal2 'semester' lagi dah kumpul kaya mcm tak hingat langit dan bumi.. kau tu asal merempat je Adam AMK oii. umh setinggan je dulu.. tetiba kaya sakan...

    sekurang2nya pemimpin UMNO yg dikatakan kaya itu pun bukan masa awal-awal memerintah.. setelah berpenggal jadi org atas barulah kaya.. logiklah sikit..


    nmpk tak betapa TIPU dan RASUSnya dasar pakatan haram. kalau siang malam melalak tentang rakyat ditindas mana mungkin terlintas untuk bolot kekayaan begini..
    itu belum lagi siasat 'MAK IKAN'! entah berapa jutaan pulak harta yg terkumpul??

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.