..

..

ALAHAI DR AFIF HANYA JAGUH KAMPUNG BIADAP KERAJAAN DAP

on Thursday, November 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Berlaku kekecohan dalam sidang DUN Pulau Pinang semalam sehingga kesemua wakil-wakil daripada Barisan Nasional bertindak keluar dewan.

Kekecohan tersebut bermula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang , membentangkan resolusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi membidas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan penggunaannya terhadap Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Dr Afif , Adun Seberang Jaya kemudiannya bangun membahaskan usul tergempar tersebut dan pada ketika inilah berlakunya kekecohan apabila Adun Pinang Tunggal , YB Datuk Roslan Saidin bangun mencelah.



YB Datuk Roslan Saidin dalam celahannya itu menyebut supaya Dr Afif jangan sesekali lupa bahawa kedua-dua ibu dan bapa Adun Seberang Jaya itu juga adalah orang UMNO.

Dalam perbahasan tersebut , Dr Afif dilihat menyerang kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kerana menggunakan akta SOSMA untuk menahan Maria Chin.Mengangap penahanan Maria Chin di bawah akta SOSMA sebagai satu tindakan bermotif politik beliau kemudiannya mendakwa  kerajaan dan rakyat Malaysia tidak memerlukan Umno dan BN serta negara mempunyai Perdana Menteri yang tidak jujur.

Dr Afif sebagai anak muda dilihat amat biadap dalam ucapannya yang langsung tidak menghormati orang yang lebih tua dari beliau. Beliau menggunakan ruang perbahasan di sidang DUN semalam untuk menghentam UMNO semahu-mahunya dengan penuh emosi dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan hujahan yang bersifat prejudis serta mengajak kepada kebencian. Beliau lupa terus kepada adab seorang Islam dan berbangsa melayu semasa dalam berbicara. Memang melampau dan keterlaluan tindak-tanduk beliau semalam.

Selain dari itu beliau juga mempertikaikan tentang kewujudan kumpulan merah yang dianggapnya sebagai kumpulan yang mendapat keistimewaan daripada kerajaan sedang Bersih dituduh sebagai kumpulan haram.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian disini adalah , apakah kenyataan Dr Afif itu bersifat profesional atau lebih banyak terkesan dengan emosi kepartian ?

Semua pihak sedia maklum betapa Dr Afif berada dalam pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang.Sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang , apakah usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam soal membela kepentingan rakyat ?

Sekiranya Dr Afif mengaku sebagai pembela rakyat kenapa sehingga ke hari ini banyak permasalahan yang melibatkan rakyat di akar umbi masih lagi gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Banjir kilat contohnya di mana Afif pada ketika rakyat Pulau Pinang terbeban dengan permasalahan tersebut ? Apakah Afif benar-benar menunaikan tanggungjawabnya mendesak supaya kerajaan DAP Pulau Pinang memberikan keutamaan bagi menangani masalah tersebut ?

Isu meratakan bukit , penambakan laut serta bersikap membisu tatkala pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut yang wujud banyak percanggahan.

Disinilah sebenarnya kelemahan Dr Afif , beliau sebenarnya lebih banyak bermain politik dan bersandiwara dengan jawatan politiknya dan lebih memalukan beliau memperlihatkan dirinya sebagai seorang pemimpin hebat tetapi sebaliknya hanyalah seorang pemimpin politik yang berlandaskan kepada emosi semata-mata.

Sebagai seorang pemimpin politik , Dr Afif barangkali terlalu emosi apabila membuat hujah-hujah tersebut ini kerana sekiranya kita melihat dalam soal himpunan haram bersih umpamanya , penahanan Maria Chin sebenarnya adalah bertetapatan dengan akta SOSMA itu sendiri.

Adun Seberang Jaya ini perlu terlebih dahulu sama ada belajar atau cuba memahami tentang apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Kami huraikan kewajaran penahanan Maria Chin dalam posting di Page FB semalam di SINI.

Sikap Dr Afif yang terlalu emosi ini barangkali disebabkan oleh pembawakan ideologi kepartian dan sudah tentulah apabila emosi yang terlalu membuak-buak , Dr Afif akan terlepas pandang dengan beberapa perkara.

Dalam pertikaiannya terhadap kewujudan kumpulan Merah misalnya apakah Dr Afif yakin kumpulan ini mendapat keistimewaan atau paling tidak dilindungi oleh pihak kerajaan ?

Sebelum itu seluruh rakyat Pulau Pinang juga rasanya wajar mempersoalkan tentang kewujudan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang kini diharamkan.Apakah Dr Afif menyokong PPS atau sebaliknya ?

Berdasarkan pemerhatian jelas Dr Afif adalah sebahagian daripada pimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyokong dan mempertahankan penubuhan PPS walaupun kumpulan terbabit telah diharamkan malah antara punca ianya diharamkan adalah kerana terdapatnya laporan tentang perlakuan jenayah para anggotanya terhadap warga Pulau Pinang.

Adakah Dr Afif masih lagi menyokong dan mempertahankan PPS ?

Berbalik kepada persoalan tentang keistimewaan kumpulan Merah , Dr Afif perlu tahu bahawa kepimpinan kumpulan ini khususnya dalam himpunan di Ibu Kota bagi menyekat himpunan bersih baru-baru ini sudah pun ditangkap oleh pihak polis.

Selain dari itu Dr Afif perlu sedar bahawa kewujudan kumpulan Merah ini adalah kerana wujudnya bersih serta insiden-insiden yang telah dicetuskan oleh himpunan bersih itu sendiri.Dalam hal ini siapakah yang sebenarnya jauh lebih bermasalah ?

Realitinya tanpa bersih tidak akan ada merah !

Itu hakikat yang perlu Dr Afif terima dan Afif juga perlu sedar bahawa tangkapan terhadap pemimpin dan penggerak bersih dilakukan bukan sahaja kerana mereka menggerakkan himpunan haram tetapi kerana bersih dan pemimpinnya bersekongkol dengan pihak luar yang diakui sendiri oleh mereka.

Maka sewajarnyalah mereka-mereka ini ditangkap , ditahan dan diadili !

Ini bukan soal himpunan haram semata-mata tetapi sudah sampai ke tahap mengancam keselamatan negara !

Apakah Afif mahu melihat ancaman-ancaman ini berlaku dan meledak terlebih dahulu baru disusuli dengan tindakan ?

Mungkin dalam kerajaan Dr Afif semua itu boleh berlaku tetapi tidak dalam kerajaan Barisan Nasional kerana kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini lebih mementingkan kesejahteraan rakyat dan negara.

Kerajaan yang dituduh oleh Dr Afif sebagai perosak negara inilah yang sentiasa membela rakyat dan memastikan keselamatan seluruh warganya terjamin.

Sebagai seorang pemimpin dan ahli politik , Dr Afif barangkali boleh bertanya kepada diri sendiri apakah beliau benar-benar yakin parti-parti politik yang kini berada dalam kem pembangkang itu jauh lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional ?

Adakah Afif benar-benar yakin pembangkang ini mampu mentadbir Malaysia dengan lebih berjaya ?

Jika ya , maka Afif rasanya sudah boleh membuat kenyataan secara rasmi siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada PRU14 nanti.

Jika perkara semudah ini pun tidak mampu dilakukan oleh Dr Afif maka yakinlah kita Adun Seberang Jaya ini hanyalah jaguh kampung yang terlebih emosi kepartiannya


3 Responses

  1. Anonymous says:

    ramai golongan muda kat luar sana yg tak cukup atau munkin tak ada langsung adab sopan nya sebagai seorang yang mengaku islam dan berbangsa melayu bila bercakap dengan orang tua...
    kalau dia nia keturunan cina bukit (majoriti cina Malaysia sekarang adalah spesis ini) aku tak heran sangat....

  2. Anonymous says:

    Penulis juga emosi dalam berhujah.Macam parti dia tu parti keramat.Memang yb2 dlm parti dia kalau berhujah terutama dlm bab agama Islam, memang nombor 'wahid'(one!).Tapi setakat cakap aje le.. . nak pikat hati orang2 yg bodoh.Tapi bila memerintah secara Islam, tak mau pulak dia org tu. .kan lidah bercabang namanya.Bukan setan ke itu?

  3. Anonymous says:

    Kalau tak berani siarkan komen org ramai yg pedas jangan sediakan ruangan ini.Buat penat orang aje.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.