..

..

VIDEO : HUSNI SERANG 1MDB IBARAT MELUDAH TERPALIT MUKA SENDIRI

on Tuesday, October 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Satu ketika dahulu, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah merupakan seorang Menteri Kewwangan yang sentiasa tenang dan sabar menjawab semua persoalan yang membabitkan 1MDB. Beliau boleh berbicara tentang hal ini secara langsung di mana-mana medium sekalipun samada di pentas ceramah atau dalam media massa.

Kelibat beliau cukup mudah untuk dilihat bersama-sama Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang saban hari hebat menangkis segala tohmahan pembangkang tentang 1MDB. Malah, menerusi percaturan perniagaannya bersama-sama Arul Kanda, beliau berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda 1MDB sehinggalah beliau memilih untuk meletakkan jawatan selaku Menteri Kewangan Kedua.

Semasa meletakkan jawatan, antara alasan yang diberikan adalah untuk mendalami ilmu agama. Beliau pernah berkata, beliau mahu mengasingkan diri dari dunia politik buat seketika demi mahu mencapai hasratnya mendekati agama dan menumpukan perhatian kepada keluarga.



Ternyata, ianya tidak bertahan lama apabila kehadiran beliau pada sidang Parlimen kali ini telah menimbulkan sedikit kontroversi. Kontroversi yang dimaksudkan adalah bagaimana beliau boleh bertanya tentang asas kewujudan 1MDB dalam soalannya di Parlimen semalam.








Menghairankan, bukankah beliau sendiri telah menjawab segala persoalan yang melibatkan 1MDB semasa masih menjadi Menteri Kewangan Kedua? Bukankah beliau sendiri yang telah mendakwa bahawa semua siasatan mengenai 1MDB tidak menemui sebarang kesalahan yang mencurigakan? Paling utama, bukankah beliau sentiasa berhubung atau bertemu Arul Kanda setiap minggu berkaitan 1MDB?



Atau mungkin sahaja Husni sendiri telah dijangkiti penyakit lupa kronik yang dihidapi oleh Tun Dr Mahathir sehingga tergamak mempertikai dan memfitnah pelbagai perkara tentang kerajaan. Malah tidak mustahil, Husni sengaja menimbulkan persepsi negatif terbaru terhadap kerajaan supaya menampakkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib adalah individu yang bertanggungkawab dalam hal ini.








Walau apapun alasannya, Husni patut merujuk semula kepada pelbagai siri ucapannya tentang 1MDB. Beliau yang selalu menyampaikan iklim semasa politik tanah air dan juga apa yang telah berlaku dalam 1MDB. Persoalan yang beliau lemparkan semalam sebenarnya telahpun beliau jawab berulang kali sebelum ini. Untuk apa menjawab kepada soalan yang telah dijawab?


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.