..

..

UMNO P.PINANG PERSOAL KOS PAMPASAN TANAH TANAH PROJEK JALAN SP CHELLIAH

on Tuesday, October 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 UMNO negeri juga menuntut penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang dilapor membeli 320 unit rumah KSR bagi projek kerajaan negeri, ‘The Rise’, di Jalan SP Chelliah di sini untuk kuota bumiputera.

 “Kerajaan negeri memaklumkan bahawa wang daripada Tabung Amanah Perumahan Bumiputera digunakan untuk membayar sejumlah RM21.6 juta sebagai pampasan kos tanah kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada kadar RM67,500 seunit,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat UMNO negeri di Pulau Betong, dekat sini, hari ini. 

 Katanya pihaknya juga menuntut penjelasan sama ada kerajaan negeri juga perlu membayar pampasan kos tanah berjumlah RM30.375 juta atau RM67,500 seunit kepada MBPP untuk 450 unit rumah KSR yang diperuntukkan untuk golongan bukan Bumiputera. 

 Dilaporkan sebanyak 320 unit rumah KSR berharga RM140,000 seunit di ‘The Rise’ telah dibeli kerajaan negeri untuk dijual semula kepada pembeli bumiputera sahaja dengan harga RM72,500 seunit. -MEDIA UMNO -




Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.