Tidak lama lagi, bersabarlah. Pejam celik semakin menghampiri Jun 2018 untuk mandat kerajaan berakhir.
Tak sabar mengapa? Hanya semata-mata untuk menumbangkan kerajaan di luar prinsip dan suara demokrasi? Apabila demonstrasi haram itu kelak mendapat liputan meluas media antarabangsa maka ‘meletuplah’ publisiti untuk pe­nganjurnya, Maria Chin.
Sudah berapa kali Bersih dige­rakkan? Empat kali yang lepas, berhasilkah? Adakah tumbang kerajaan sedia ada ala


‘Arab Spring’? Sudah jadi Perdana Menterikah ‘individu’ yang dicanangkan oleh penganjur Bersih yang lepas?
Jika diperhatikan, budaya di negara ini lain. Rakyat Malaysia menolak tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan dan per­arakan yang cenderung ke arah penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, kerajaan demokrasi dan pihak berkuasa. Inilah diperjuangkan kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos merangkap Pengerusi Ga­bungan NGO Malaysia.
Anwar Ibrahim pernah me­lakukannya dengan reforma­sinya sebelum ini. Gegak gempitalah sementara Dataran Merdeka, Masjid Negara, stadium dan beberapa gedung beli-belah berhampiran. Liputan media tempatan dan asing terhadap unsur-unsur anarki ini usah cakaplah. CNN, BBC dan agensi-agensi berita asing lain tumpang semangkuk.


Bukalah mata bagaimana rejim Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Ghaddafi di Libya ditumbangkan. Golongan muda bertempur nyawa dengan pihak berkuasa di jalanan berbulan-bulan. Negara dalam suasana kacau-bilau, nilai mata wang me­rudum, inflasi mencanak naik, jutaan manusia menganggur.


Thailand sehingga sekarang tidak berupaya membebaskan diri daripada ‘dipenjarakan di negara sendiri’ oleh pihak tentera. Semua ini gara-gara ‘gerakan baju kuning’, dan kemudiannya ‘baju merah’ yang terlalu ghairah mahu menumbangkan kerajaan melalui ‘politik jalan raya’.
Orang muda jangan alpa. Idea sosialis telah melepasi proses ‘re-branding’ dan dipakejkan semula dalam bentuk baharu. Di Amerika Syarikat, muncul gerakan yang menamakan diri Occupy Wall Street (OWS) yang selepas itu menjalar ke Eropah, Arab Spring dan di negara ini sendiri adakah Bersih puaknya?
Siapa yang gengster? Penganjur Bersih 5.0 atau Baju Merah?