..

..

RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH P.PINANG DAPAT KEPADA GOLONGAN KAYA @dzainalabidin

on Monday, October 10, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu penyelewengan agihan rumah -rumah kos sederhana rendah (KSR ) terus menyelubungi pentadbiran kerajaan DAP . Ia seperti tiada tindakan serius diambil dan alasan yan sama diberikan Exco Kerajaan DAP  mengakui kelemahan dan  hanya akan menyiasat dakwaan ini. 

 Pengerusi Jawatankuasa Peru­mahan, Kerajaan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo   kerajaan negeri sedang melihat tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas pemilik rumah kos sederhana rendah yang menyewakan unit mereka kepada individu lain.





Setakat itulah  jawapan kerajaan DAP   kononnya akan menyiasat isu ini dan mencari jalan penyelesai­an sedangkan sehingga hari ini tiada satu pun langkah drastik diambil biarpun isu ini sudah didedahkan sejak sekian lama.

Apakah yang mendapat agihan rumah KSR itu adalah penyokong DAP ?? 


Rakyat  miskin di P.Pinang masih lagi tiada rumah dan dan yang  untung adalah golongan kaya  yang mendapat rumah KSR dan menyewakan orang lain .


SPRM wajar siasat penyelewengan ini !!




RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH

UMNO Pulau Pinang memandang serius pendedahan yang dibuat baru-baru ini mengenai adanya rumah-rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) didiami oleh mereka yang disyaki berpendapatan melebihi kelayakan untuk rumah KSR mendiami atau memiliki rumah kategori tersebut. Malahan ada unit-unit KSR disewakan kepada pihak lain, perbuatan yang menyalahi polisi perumahan Kerjaaan Pulau Pinang.


UMNO Pulau Pinang mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyemak semula prosedur dan sistem pemilihan bakal pembeli rumah Kerjaaan Negeri. Ternyata ada kebolosan dalam SPEC.


UMNO Pulau Pinang juga mendesak Keajaan Negeri dan Exco Perumahan Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan segera ke atas dakwaan unit-unit KSR disewakan dan mengambil tindakan keras ke atas pemiliknya.



Datuk Seri Zainal Abidin Osman

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang 


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.