..

..

PPBM SEMAKIN KELAUT , KHAIRUDDIN SENDIRI TINGGALKAN PARTI DENGAN ALASAN PALING SARKAS !

on Friday, October 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments






Akhirnya parti PPBM serpihan UMNO menunjukkan diri mereka sebenar seperti dijangka  . Baru beberapa bulan ditubuhkan sudah ada yang umum  keluar parti   iaitu Khairuddin , macai utama Tun Mahathir . 

Tuhan nak tunjuk betapa parti ditubuhkan untuk memecahkan  orang Melayu dek kerana kerakusan dan sikap tamak Mahathir kerana berang Najib tak mahu ikut arahannya jelas terbukti  tak akan kekal lama . 

Mengapa orang kuat Mahathir sendiri keluar  parti ??  

Nak tumpu kes mahkamah ?? itu alasan paling lawak sarkas ! 

Anwar Ibrahim lagi banyak kes mahkamah dihadapinya walaupun duduk dalam penjara tapi tak keluar pun parti PKR . Apa kejadahnya Khairudin ini  keluar ? 

Sebenarnya dalam parti dari awal   ini sudah ada masalah dalaman yang teruk hingga  berlaku pemberontakkan dikalangan  ahli .klik di sini 



Khairuddin sejak dari awal tidak iktiraf Muhyiddin sebagai Presiden parti dan ini mengecewakan  Mahathir yang bersusah payah mengikut segala nasihatnya dan tubuhkan parti bunga raya ini  . 

Jangan kita terkejut melihat gelagat joker Mahathir ini akan sertai DAP di Komtar  sebagai wadah perjuangannya sucinya demi menjatuhkan  Najib   . 

Kesimpulannya , kumpulan Mahathir  yang gila kuasa demi  menjaga kepentingan kroni  ini sanggup membuat apa saja asalkan hasrat mereka tercapai . Rakyat harus  menilai perjalanan parti cacar marba ini kononnya nak menggantikan UMNO tetapi sebenarnya dikalangan mereka yang mempunyai agenda , tiada prinsip , tiada intergriti dan gila kuasa. 



Petaling Jaya -  orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan malam ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, Khairuddin menjelaskan pemergian ini membolehkan beliau tumpu menangani kes-kes mahkamah yang sedang serta akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.
“Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi (Perdana Menteri) Najib Razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan,” jelasnya.


4 Responses

  1. Rafrash says:

    Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak mahu tindak tanduknya dianggap mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaliknya mewakili kumpulan Deklarasi Rakyat yang lebih menyeluruh dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti.

  2. Anonymous says:

    Apa nak hsiran ...
    Presidennya pun bekas penyamun wang rakyat buat kantung keluarga dan kroni.
    Perut pyla busuk mengalahkan perut babi.
    Semua PM x kena...dia sj yg kena kononnya.
    Hampehhh

  3. dina says:

    dia malu lah tu.....masa budget aritu....pembangkang x tentu arah keluar dewan...dah lah tu siap bawak sepanduk tanya sapa MO1....ntah lah saya pun x tau sape MO1 tu.....LOL......lepas tu si moohideen bercakap di dewan pasal 1MDB mcm lawak jer....ms jd TPM dulu dia tidur ke masa mesyuarat kabinet?

  4. Anonymous says:

    Tepat, SETUJU!!!

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.