..

..

PEMUDA BANGKIT 2.0 SEDIA BERDEPAN BERSIH 5 DI P.PINANG @RRafizal @Ifanzaimi

on Tuesday, October 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




“Kami akan terus jadi benteng mempertahankan negara ini daripada Bersih 5.0. Sekiranya Bersih ingin teruskan hasrat berdemo di Pulau Pinang maka robohkanlah benteng kami dahulu,” ujar Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.


 Jelasnya, bagi memastikan himpunan Bersih 5.0 yang dijangkan diadakan di Pulau Pinang pada 19 November ini dilumpuhkan sepenuhnya maka Pemuda UMNO negeri itu bakal melancarkan himpunan Pemuda Bangkit 2.0. Pulau Pinang,

Himpunan Bangkit 2016 ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bertujuan untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletak jawatan selepas berhadapan dengan dua skandal rasuah baru-baru ini.

 “Pemuda Bangkit akan terus ada selagi Bersih ada. Negara ini adalah negara demokrasi jadi sekiranya pembangkang tidak berpuas hati maka tunggulah pilihan raya umum nanti. 

 “Jangan sesekali mengamalkan undang-undang hutan di negara ini. Sekiranya mereka mahu memperjuangkan Bersih maka sepatutnya mereka juga mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan. 



“Mereka mahu masuk campur urus tadbir negara ini yang kononnya tidak telus tetapi mereka patut selak kain mereka sendiri dan desak Guan Eng letak jawatan kerana Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan itu kini sedang berhadapan dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah,” ujarnya secara ekslusif kepada UMNO-Online. 



 Justeru itu Rafizal menasihatkan Bersih 5.0 untuk mencermin diri sendiri sebelum mereka mahu mengadakan perhimpunan haram itu di Pulau Pinang memandangkan pemimpin mereka sendiri tidak mengamalkan ketelusan.

 Untuk rekod Guan Eng sedang berhadapan dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

 Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri negeri ini, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya negeri ini kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd. Pertuduhan itu didakwa dilakukan Ahli Parlimen Bagan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatan¬kuasa Perancang negeri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 18 Julai 2014.

 Beliau didakwa mengikut Sek¬syen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

 Pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

 Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu mengetahui bahawa Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya. Perbuatan itu didakwa dilakukan Guan Eng di rumah banglo terlibat pada 28 Julai 2015 dan untuk itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Ha..ha.. Noh Omar cakap Geng Tongkol baju merah ni tak ada kena mengena dengan Umno. Ni kenapa pulak Pemuda umno penang ni dok sibuk pasal baju merah ni.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.