..

..

NEGARA BANGKRAP : PEMBANGKANG GUNAKAN TAKTIK KEMPEN KEBENCIAN DAN FITNAH

on Monday, October 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa membidas sikap pembangkang yang lebih suka menyebarkan fitnah terhadap kerajaan untuk mewujudkan kebencian di kalangan rakyat dalam usaha mereka untuk memburuk-burukan pemerintahan kerajaan yang yang sedia ada hari ini.

Menurut beliau, pembangkang menggunakan taktik kempen kebencian dengan menabur fitnah terhadap usaha-usaha kerajaan serta kepimpinan negara.

 “Sebab itulah dalam Islam, fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Hari ini pembangkang lebih gemar bercerita tentang isu-isu yang tidak benar untuk memburukkan pimpinan kerajaan. Cerita pasal cincin Datin Rosmah, cerita pasal rambut Datin Rosmahlah, cerita pasa 2.6 bilion, cerita tentang negara mahu bankrap, GST dan bermacam-macam lagi. 

 Kita berceritalah macam mana sekalipun untuk menerangkan kebenaran ini, mereka akan putar kenyataan untuk terus membenarkan fitnah-fitnah yang mereka lemparkan itu kepada kepimpinan kerajaan.

 “Mereka cerita negara nak bangkrap sedangkan hakikatnya, biarpun kita kehilangan pendapatan negara sebanyak RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak dunia, namun kerajaan masih lagi mampu membayar BRIM, gaji guru kerajaan dinaikkan, petani, nelayan terus dibantu dan banyak lagi kerana negara kita mempunyai sistem percukaian yang lebih baik apabila GST dilaksanakan. 

“Perkara-perkara kebaikan seperti ini pembangkang tidak akan bercerita sebaliknya mereka lebih suka menghasut rakyat tentang keburukan GST berbanding bercerita kebaikan sistem cukai itu untuk rakyat dan negara berdasarkan situasi ekonomi dunia hari ini,” ujarnya dalam program Himpunan Jentera Penerangan UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

 Tambah beliau lagi, sememangnya sikap pembangkang lebih gemar bercerita tentang keburukkan kerajaan berbanding banyak kebaikan yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat dan negara hari ini. “Apakah di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib hari ini tidak ada langsung kebaikan? Kenapa pembangkang tidak cerita, dalam satu laporan antarabangsa, indeks perkembangunan pembangunan perniagaan peruncitan global, negara Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berada di kedudukan nombor tiga dalam dunia daripada 200 buah negara.

 “Baru-baru ini pula, Bank Dunia membuat penarafan bahawa Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berada di tempat ke empat sebagai negara yang terbaik pentadbiran dan memberikan perlindungan kepada pelabur daripada 200 buah negara di dunia. Ini bukan laporan daripada Mat Sabu, ini bukan laporan daripada Harakah, tetapi ini adalah laporan bank dunia.

 “World Economy Forum baru-baru ini, membuat kajian antara negara-negara yang mempunyai daya saing, Malaysia diiktiraf sebagai negara ke 18 yang terbaik di dunia daripada segi daya saingnya. World Economy Forum juga membuat laporan berhubung pembangunan pasaran kewangan di seluruh dunia, di mana Malaysia berada di nombor sembilan daripada 200 buah negara di seluruh dunia,” tegasnya.

 Justeru itu, beliau menegaskan bahawa segala apa yang didakwa oleh pembangkang itu hanyalah semata-mata fitnah dan dakwaan mereka bahawa negara sudah mahu bankrap itu hanyalah semata-mata taktik propaganda pihak pembangkang untuk memburukkan pentadbiran kerajaan hari ini. 

“Setiap kali tiba bulan September, pembangkang akan uar-uarkan negara kita akan bangkrap. Namun hari ini adakah negara kita sudah bankrap. Adakah rakyat di negara ini terpaksa menjual tanah, rumah untuk membayar hutang-hutang negara? 

 “Tahukah kita bahawa Malaysia mempunyai rezab bank negara yang amat kukuh iaitu sebanyak RM 391 bilion, antara simpanan paling besar yang pernah dicapai oleh negara semenjak Datuk Seri Najib mengetuai pemerintahan negara. 

 “Kenapa pencapaian ini tidak mereka ceritakan? Begitu banyak kebaikan yang telah berlaku di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib, namun pembangkang menyembunyikannya sebaliknya lebih suka menggembar gemburkan fitnah untuk memburukkan negara dan juga pemimpin, dengan isu-isu remeh yang langsung tidak ada kebenarannya. 

 “Tidak lain tujuan mereka adalah semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dan untuk memburukkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sedangkan apa yang mereka dakwa itu tidak lebih sekadar fitnah-fitnah yang amat jauh dari kebenaran dan hakikat pencapaian negara yang sebenarnya,” ujarnya.

 Sementara itu, Annuar juga turut melancarkan aplikasi jentera penerangan UMNO untuk telefon pintar, Malaysia4All yang boleh dimuat turun melalui laman web www.malaysia4all.com, khusus bagi ahli-ahli UMNO sebagai saluran untuk memudahkan ahli di peringkat akar umbi mendapatkan sebarang maklumat berhubung program kerajaan termasuk kenyataan balas untuk menyanggah dakwaan pembangkang –MediaUMNO



3 Responses

  1. Anonymous says:

    fitnah? fitnah ke anuar musa ooiii? sbb fitnah 7 buah negara siasat pasal transaksi 1MDB..sbb fitnah 2 buah bank di singapore diarahkan tutup sbb gagal melaporkan transaksi yg mencurigakan oleh 1MDB. Kenapa perlu mempertahankan najib sampai menyampaikan berita yang tak betul. Siapa yang fitnah, menipu dan memperbodohkan rakyat? Inikah UMNO?

  2. Anonymous says:

    63 tahun bertanding tapi masih banyak wang. Sah pembangkang belum bangkrap. Dari mana dapat fulus itu urusan lain. Tapi bila mereka bangkrap idea dan hanya bergantung harap pada idea 91, mereka mungkin akan menggigit jari sekali lagi..

  3. Anonymous says:

    Segala tohmahan terhadap kerajaan, hendaklah segera ditepis dan diberi penerangan yg betul supaya rakyat faham situasi yg sebenar.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.