..

..

Mkini,KiniTV , BERSIH DAPAT DANA SOROS KONSPIRASI YAHUDI JATUHKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

on Monday, October 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebuah dokumen mengenai rancangan campurtangan asing terhadap  sistem demokrasi Malaysia didedahkan oleh laman web DC Leaks mendakwa Pengasas  Yayasan Quantum, George Soros berminat mencampuri urusan pilihan raya negara.
Menurut laporan The Malay Mail, dokumen dalam bentuk minit mesyuarat bertajuk  'Malaysia Programme — Portfolio Review Outcome Summary' merupakan usaha Open  Society Foundation (OSF) untuk mencampuri urusan politik negara.
Dokumen tersebut turut menyebut usaha OSF mencampuri urusan politik negara  bermula pada 2010 - beberapa ketika selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan  tugas sebagai Perdana Menteri.


Malay Mail turut menyebut OSF memberikan dana kepada kumpulan sasaran yang  mempunyai matlamat sama dengan organisasi berkenaan.
Antara penerima dana adalah media propembangkang - Malaysiakini serta television elektroniknya - KiniTV - yang mendapat peruntukan untuk membuat  liputan pada pilihan raya.
OSF meneruskan sumbangannya terhadap media berkenaan selepas tamat pilihan raya.
Antara rancangan OSF lain yang dicatatkan dalam minit mesyuarat berkenaan  termasuk:
1. Menggerakkan jentera menghadapi Pilihan Raya yang dijangka berlangsung pada  2018
2. Pilihan Raya 2013 sangat penting bagi George Soros dan beliau menyatakan  minatnya secara peribadi. Apa yang berlaku (pada 2013) akan digunakan bagi  menghadapi (pilihan raya) 2018.
3. Menggerakkan lebih banyak gerakan Muslim kerana penyertaan pada waktu ini  tidak memuaskan.
4. Menggerakkan lebih banyak gerakan minoriti, wanita, Orang Asli dan belia luar  bandar.
5. Menjalin hubungan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, meneroka kemungkikan  merombak polisi sedia ada.
6. Membangunkan mekanisma pasca-pilihan raya dengan kukuh bagi memastikan proses pendokumen untuk mempertikaikan sebarang keputusan berjalan dengan baik, tidak seperti pada pilihan raya 2013.
Minit mesyuarat berkenaan berlangsung pada 22 Jun tahun lalu yang dihadiri oleh Presiden OSF sendiri, Christopher Stone serta Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian.
Ibrahim mengesahkan dirinya hadir pada mesyuarat berkenaan.
"Mesyuarat berkenaan dijalankan dalam bentuk slot-slot dan saya dipanggil untuk memberikan pendapat profesional saya mengenai trend dan lanskap masyarakat sivil di Malaysia.
"Tiada tanda-tanda atau petunjuk bahawa mesyuarat berkenan mengenai mencampuri urusan politik dalam negara," katanya.
Dokumen sepanjang tiga halaman berkenaan dikatakan menggerakkan kumpulan-kumpulan tertentu secara senyap sejak 2010.
"OSF memerhati pilihan raya (Malaysia) dengan rapat... bermula pada pilihan raya umum pada 2010 selepas Najib menggantikan (Tun Abdullah) Badawi.
"Dengan maklumat yang diterima daripada pilihan raya 2013, Soros kini menyatakan minat secara peribadi dalam pilihan raya, ianya telah diputuskan bahawa OSF akan meningkatkan lagi penglibatan dan memanfaatkan rangkaiannya serta membawa masuk pakar luar dan melakukan advokasi di Washington," tulis minit mesyuarat berkenaa.

Komen GPB 
Mereka  ini sudah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam di Tunisia, Mesir melalui Arab Spring kini beralih pulak ke Malaysia sebuah negara Islam moden melalui dana disalurhkan ke media anti kerajaan dan pembangkang . 


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.