..

..

MENTERI JAWAB SUBSIDI MINYAK MASAK TIDAK DIMAHSUH #BAJET2017

on Friday, October 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tindakan sabotaj oleh pembangkang termasuk spin oleh akhbar cina Oriental Daily menjelang perbentangan Bajet 2017 memang dijangka . Modus operandi menyerang dengan viralkan  berita palsu seperti kadar GST akan naik 8 % dan terbaru harga minyak masak . 

Ini bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan BN .  Walaubagaimanapun , kita tunggu perbentangan bajet petang esok dan akan ada berita baik dan inisiatif kerajaan kepada rakyat . 





KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan memansuhkan subsidi untuk minyak masak bermula bulan depan seperti yang didakwa beberapa media, baru-baru ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata tiada sebarang keputusan untuk memansuhkan subsidi minyak masak dan ketika ini, harganya masih kekal seperti biasa.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berusaha memastikan subsidi minyak masak tidak disalah guna oleh pihak tertentu.

"Subsidi dan harga minyak masak kekal seperti biasa, sebaliknya KPDNKK mahu pastikan subsidi yang diberikan kepada pengguna itu tidak disalah guna untuk tujuan eksport. Itu yang mahu dan sedang dikawal.

"Ketika ini, penggunaan minyak masak adalah sekitar 45,000 metrik tan sebulan, manakala kerajaan keluarkan subsidi hampir 85,000 metrik tan sebulan. "

Kerana itu, kerajaan mahu pastikan tiada ketirisan berlaku," katanya ketika ditemui di Parlimen, di sini, hari ini. Semalam, akhbar Oriental Daily melaporkan harga beberapa kategori minyak masak akan naik bermula bulan depan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

http://www.bharian.com.my/node/204220


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.