Hari ini  Ahli Parlimen BN Kuala Selangor , Datuk Irmohizam Ibrahim berkata  Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik kerana secara zahirnya murni pada mata rakyat, namun hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara.

“Himpunan ini perlu dibersih­kan agar kita tidak dikotorkan dengan sejarah hitam yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.
“Justeru, adalah amat tepat sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan. Perlu disedari, berhimpun bukanlah adab kita yang mendukung Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,” 






Oleh yang demikian ,  perhimpunan Bersih 5 wajar dihentikan dan dihalang POLIS    kerana berkemungkinan besar mengundang ancaman pengganas  yang melihat peluang  terbaik  untuk bertindak . 
Sejarah  perhimpunan Bersih terdahulu jelas  menunjukkan pe­nganjur gagal mengawal peserta dengan baik sehingga berlakunya insiden yang mengancam ke­selamatan awam, kerosakan harta benda dan kesesakan lalu lintas.

Bersih hanyalah agenda untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mengugat ketenteraman awam .