..

..

KERAJAAN DAP TAK HORMATI PERAYAAN DEEPAVALI, DILAYAN SECOND CLASS CITIZEN DI PENANG - MIC

on Friday, October 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang didakwa mengabaikan sambutan Deepavali yang akan disambut penganut agama Hindu hujung minggu ini apabila tiada sebarang perhiasan diletakkan di kawasan pusat tumpuan perniagaan komuniti India di negeri masing-masing.

Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, J Dhinagaran berkata, suasana di Little India di Pulau Pinang dan Selangor kelihatan hambar dan suram tanpa sebarang daya tarikan, berbeza seperti mana yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Little India di Brickfield, di ibu negara.

“Namun malangnya, sambutan Deepavali nampaknya tidak diambil endah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy. Masyarakat beragama Hindu di negeri ini berasa diabaikan oleh kerajaan DAP sehingga perayaan kami sendiri tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

“Malah, bukan sahaja di Pulau Pinang, di Selangor juga kerajaan PKR dibawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali nampaknya gagal memberi penghormatan kepada masyarakat beragama Hindu dengan mengabaikan perayaan Deepavali di sana,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Dhinagaran berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak menghias kawasan di Lebuh Pasar yang merupakan kawasan Little India di Georgetown sedangkan ianya terletak di bawah tapak bersejarah Unesco.

“Lebih menyedihkan apabila kerajaan negeri lebih berminat untuk menganjurkan Penang Run di kawasan Esplanade berbanding membelanjakan sedikit wang untuk menghiasi Penang Little India bagi masyarakat beragama Hindu yang telah lama menetap di negeri ini. Mengapa perkara sebegini terjadi?

“Persoalanya sekarang, mengapakah masyarakat beragama Hindu di Pulau Pinang dilayan seperti ‘second class citizen’ di negeri kami sendiri? Adakah kerana kami (masyarakat beragama Hindu) adalah minoriti di negeri ini oleh itu DAP boleh melayan kami sebegini rupa sehingga perayaan kami juga tidak diendahkan oleh kerajaan negeri?” soalnya.

Beliau turut mengingatkan Ramasamy perlu ingat masyarakat India di Pulau Pinang kami juga mempunyai hak yang sama ke atas negeri itu seperti orang lain.

“Jangan hanya berselindung disebalik Ketua Menteri Lim Guan Eng dan bersikap penakut tanpa melakukan apa-apa. Masyarakat beragama Hindu tidak akan melupakan tindakan pengecut anda ini sehingga perayaan Deepavali di negeri kami sendiri disabotaj oleh kerajaan negeri,” katanya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.