..

..

KELEMAHAN BAJET PAKATAN HARAPAN , TIADA INSENTIF BONUS KAKITANGAN KERAJAAN

on Friday, October 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan Bajet Pakatan Harapan 2017 di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen dua hari lepas. Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mewakili DAP. Tanpa kelibat mana-mana wakil daripada Parti Cap Bunga Raya, Bajet Alternatif pembangkang ini tidak mengambarkan suara kesemua pembangkang di dalam Pakatan Harapan.

Terdapat beberapa kelemahan yang nyata yang boleh dilihat sekali imbas melalui Belanjwan Alternatif pembangkang ini, di antaranya,

1. Kakitangan Kerajaan Tidak Dihargai Di Dalam Bajet 2017

Para penjawat awam seharusnya menyedari bahawa dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 tiada sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus? Malah mungkin ramai juga tidak sedar bahawa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada tahun 2016 yang lalu juga menunjukkan pembangkang tidak berminat untuk menghargai jerih perih para penjawat awam.

Selaku Rakyat dan penjawat awam yang waras, seharusnya mampu berfikir sejauhmana keseriusan pihak pembangkang dalam membela nasib kehidupan mereka di negara ini. Pada 01/11/2011, Tony Pua pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia. Pada 31/11/2011, Setiausaha kepada Tony Pua iaitu Kiam Wee juga pernah berkata DAP akan melaksanakan 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' jika mereka menguasai Putrajaya.

Inilah bahaya pembangkang dan DAP, kalau dapat kuasa habis semua akan dibuang mereka. Bukan sahaja bonus tiada dalam belanjawan pembangkang, mereka juga ada niat hendak buang kakitangan awam di Putrajaya.

2. Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik Dan Mementingkan Rakyat

Di dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan, kebanyakannya hanya bertumpu kepada memperlekehkan usaha Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional. Manakala inisiatif daripada pembangkang ke arah kesejahteraan rakyat dalam bajet tersebut tidak begitu ketara. Contohnya, di dalam soal perumahan rakyat, di Selangor dan Pulau Pinang pun pembangkang gagal laksanakan rumah mampu milik untuk Rakyat.

3. Bajet Alternatif Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

Bajet Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN. Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu, diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, DS Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini. Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion. Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.

Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO). Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami. Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di sini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak RM10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan Rakyat dan negara? Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

4. Pembangkang Akan Naikkan Levi 10% Setiap Tahun.


Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020. Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing. Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

5. Gaji Minimum RM1,500, Adakah Pembangkang Akan Laksanakan Di Negeri Yang Diperintah Oleh Mereka?

Pembangkang telah membentangkan bajet alternatif 2017 semalam dengan antara cadangan yang dikemukakan ialah menaikkan gaji minimum bulanan pekerja kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara. Pembangkang bercadang melaksanakannya dengan membahagikan kos berkenaan sama rata antara kerajaan dengan majikan dan dengan itu ia mengambil RM2.5 bilion daripada belanjawan persekutuan.

Apa yang agak menghairankan ialah kenapa gaji minimum RM1,500 ini tidak dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu, iaitu negeri di mana Pakatan Harapan memerintah? Jawapannya mudah, ianya tidak boleh dilaksanakan kerana ramai majikan akan protes dan membantah di Selangor dan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng dan Azmin Ali mengetahui bahawa perlaksanaan ini akan melibatkan kos yang tinggi memandangkan Kerajaan Negeri terpaksa memberikan subsidi untuk pelaksanaannya. Harus diingat,  pada 2011 pembangkang buat Buku Jingga dan berkata hendak gaji minimum RM1,500. Apakah perkara itu mereka laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang?

Untuk rekod, perintah gaji minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sarawak, Sabah dan Labuan telah dikuatkuasakan mulai 1 Julai tahun ini. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

sumber 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Pakatan pembangkang..ramai ramai kita cabar pembangang ni buat dulu di negeri yg mereka perintah...ada telor ke...oppps MAAF wan azizah memang takde telor pun

  2. puiii says:

    70 persen pekerja gomen undi pembangkang. jgn jd bodoh

  3. Anonymous says:

    Baguslah mereka undi pembangkang. Mereka golongan yg hanya tau memintak dan tak bersyukur juga malas membaca. Nnt dah terbuang ramai2 baru nk sedar diri.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.