..

..

KDNK : GUAN ENG JANGAN TEMBERANG & KELIRUKAN ORANG

on Tuesday, October 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Lim Guan Eng cuba mengelirukan rakyat berhubung jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri ini ,kata Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata kenyataan Lim bahawa pakatan pembangkang berjaya meletakkan Pulau Pinang di kedudukan pertama daripada tercorot pada zaman pentadbiran BN dalam kadar pertumbuhan KDNK per kapita negeri pada tahun 2014 hingga 2015, adalah mengelirukan.

“Jangan kelirukan orang, jangan temberang. Satu kita kena faham apa itu KDNK ?per kapita dan definisi KDNK.

KDNK ialah cara yang paling baik untuk mengukur ataupun petunjuk kepada perkembangan ekonomi bagi sesuatu negara atau wilayah.

“Ia meliputi semua yang dihasilkan oleh orang ramai dan syarikat dalam ?negara berkenaan.

KDNK per kapita pula ialah menggunakan angka KDNK itu dibahagikan dengan jumlah penduduk.

“Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, purata KDNK ?per kapita Pulau Pinang pada tahun 2006 hingga 2007 di bawah pentadbiran BN berada pada kedudukan 11, manakala pada tahun 2008 hingga 2014 sepanjang kerajaan DAP memerintah berada di tangga terbawah iaitu pada kedudukan 15,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Semalam, Lim dalam kenyataannya berkata sepanjang lapan tahun kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah telah berjaya mengubah Pulau Pinang daripada negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006 hingga 2007, kepada kedudukan pertama dalam kadar pertumbuhan KDNK per kapita bagi tahun 2014 hingga 2015.

Teng berkata pertumbuhan KDNK Pulau Pinang mencatatkan prestasi terbaik ?kebanyakannya pada zaman pemerintahan BN sehingga melebihi purata negara dan pencapaian tertinggi adalah pada tahun 1994 iaitu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14.1 peratus.

Beliau berkata pencapaian itu berikutan BN mempunyai perancangan yang l?engkap dan sempurna termasuk menghasilkan Pelan Strategik Pembangunan Pulau Pinang 1 dan 2 untuk merancang pertumbuhan ekonomi negeri itu dari tahun 1992
hingga 2007.

“KDNK Pulau Pinang jelas menunjukkan pentadbiran di bawah kerajaan Pakatan ?Harapan ia menurun dan lebih teruk daripada purata pertumbuhan negara,” katanya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.