..

..

JAKIM INSTITUSI AGAMA ISLAM JADI MANGSA FITNAH SPIN MELOYAKINI

on Friday, October 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





JAKIM, ANJING DAN BODOH.

" JAKIM ni bodoh. Nama tidak menggambarkan makanan tersebut tidak halal. Kami tidak perlukan JAKIM" 

Berikut merupakan komen yang disampaikan nitizen dikebanyakkan laman portal MalaysiaKini. 

Tidak kurang hebatnya ahli ahli politik daripada MCA, GERAKAN, PAS dan BN sendiri yang mempersendakan JAKIM itu sendiri.

Paling menghairankan, mufti juga mengeluarkan kenyataan berunsur 'ejekan' kepada JAKIM.

JAKIM bodoh dan tak berguna?

Tahukah anda, JAKIM merupakan badan terbaik dalam penilaian HALAL? JAKIM juga dirujuk oleh beberapa negara luar untuk mendapatkan pengesahan halal. Ketegasan JAKIM dalam soal halal dan haram ini mendapat pujian dari negara luar antaranya Arab Saudi.

Banyak aspek dan peringkat yang dilepasi bagi mendapat sijil Halal dari JAKIM. Dari proses bahan mentah, nama produk, pengilang, pekerja, kebersihan dan lain lain faktor lagi.

Dalam kes Auntie Anne's , JAKIM tidak pernah mengharamkan produk berkenaan. Terdapat beberapa faktor teknikal antaranya dokumen sokongan bahan mentah. Namun, Auntie Anne's telah membuat beberapa penambaikkan dan proses audit halal bagi central kitchen (dapur berpusat) sedang dijalankan.

Berkenaan dengan nama Pretzels Dog, bagi saya ia juga perlu ditukar kepada nama yang lebih baik. A&W tidak ada halangan menukar, kepada Auntie Anne's perlu berdepan masalah?

Rujuk dalam syarat pensijilan halal JAKIM, terdapat salah satu syarat yang berbunyi

" produk yang menggunakan nama atau nama sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, charsiew dan seumpama dengannya "

JAKIM sememangnya menitik beratkan soal makanan berkonsepkan Halalan Tayibban, bukan sekadar halal, malah Tayib.

Antara ciri ciri Tayib adalah bersih, baik dari aspek penyediaan, baik dari aspek bahan dan baik dari aspek nama (tidak mengelirukan dan jijik).

Nama melambangkan keperibadiaan. JAKIM mengambil pendekatan " SAD DHARAI " iaitu menutup pintu pintu yang boleh mengelirukan makanan orang Islam pada masa akan datang.

Pernah anda mendengar berkenaan dengan kedai makan bertanda "FREE ALCOHOL" dan "FREE PORK"? Lihat, berapa banyak Muslim makan disana. Benar, ianya tiada arak dan babi tetapi adakah proses pembuatannya dan penyediaannya diyakini? Jauhi perkara yang mendatangkan was was. Itu sebaiknya.

Kepada Non Muslim, tidak perlulah mengambil tahu hal berkenaan dengan Muslim dengan terlalu melampau dengan mengeluarkan kata kata sarkastik. Sama ada haram atau tidak, sang penguasa tidak menghalang anda dari memakannya!

p/s: Tahukah anda bahawa Perancis telah mengharamkan untuk menamakan anak dengan nama Nutella dan Strawberry? atas sebab apa?

Sumber:

Ustaz Izhar
Firdaus Wong Wai Hung
JAKIM







10 PERKARA PERLU FAHAM MENGENAI SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM)
(Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI -DAWD)

1. Hanya JAKIM, MAIN yang boleh mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jelas memperuntukkan hanya JAKIM, MAIN sebagai pihak berkuasa atau autoriti yang berwibawa untuk pengeluaran SPHM atau untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan ataupun barang-barang itu adalah HALAL mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif HALAL) 2011.

2. Pensijilan Halal Malaysia bersifat sukarela - bukan wajib atau paksaan.
Tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada JAKIM atau mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Ini juga bermakna JAKIM mahupun MAIN tidak sewenangnya mengharamkan atau membuat pengisytiharan TIDAK HALAL kepada mana-mana syarikat atau produk yang keluarkan.

3. Pemegang Sijil Halal Terikat dengan beberapa Standards Halal dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
Walaupun tidak wajib, mana-mana syarikat yang memilih untuk mendapatkan SPHM, maka mereka hendaklah memohon melalui prosedur yang telah ditetapkan sekaligus dengan sendirinya terikat dengan segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Analogi mudahnya ialah apabila hendak memasuki rumah orang, maka bukan sahaja perlu minta izin tetapi dengan sendirinya kena patuh dan terikat dengan peraturan tuan rumah tersebut.
4. Pensijilan Halal Malaysia bersifat komprehensif.
Piawaian Pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja mengambil kira aspek HALAL dari perspektif hukum syarak tetapi mesti TAYYIB. Aspek halal jelas, manakala TAYYIB mempunyai makna yang luas termasuk aspek kebersihan, baik dari aspek penyediaan, aspek bahan juga aspek nama. Dengan kata lain pematuhan HALAL dan TAYYIB mengambil kira semua faktor dan meliputi seluruh aspek rantaian pengeluaran (supply chain) sesuatu produk.
5. Nama produk atau makanan yang baik juga adalah termasuk dalam kategori Tayyib
JAKIM, MAIN turut memberi penekanan terhadap pemilihan nama produk atau makanan yang baik-baik dalam Standards halal berkaitan dan Manual Prosedur Pensijilan Halal yang dipersetujui oleh semua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia. Ini adalah bertujuan bagi menjaga kemaslahatan agama yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membawa konotasi menjijikkan dikalangan masyarakat Islam. Ini mengambil kira rungutan ramai pihak termasuk persatuan-persatuan pengguna kerana terdapat banyak produk makanan yang telah mengelirukan umat Islam seperti “Non Alcoholic Beer”, “NO PORK” dll. Atas prinsip fekah ‘Sadd Dzarai’, iaitu menutup segala pintu-pintu ke arah kemudaratan, maka penambahbaikan garis panduan halal dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak JAKIM dan MAIN dalam menambahbaik garis panduan SPHM yang merangkumi aspek Halal dan Tayyiba.

6. Sijil Halal Malaysia dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa

Dunia hakikatnya menyanjung tinggi sijil halal Malaysia sehinggakan negara-negara maju yang terkenal dengan dasar yang amat ketat dalam hal pengimportan barang-barang makanan ke negara mereka seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, New Zealand, Australia dan banyak negara maju yang lain. Sehingga hari ini 33 buah negara telah memohon agar JAKIM mengiktiraf sijil-sijil halal yang dikeluarkan, 56 Badan Pensijilan Antarabangsa yang telahpun diiktiraf JAKIM.

7. 56 Badan Pensijilan HALAL dari 33 buah Negara Ikut Piawai HALAL JAKIM

Bagi negara-negara yang telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM, mereka dikehendaki mengikut sepenuhnya piawai, garis panduan dan peraturan Halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

8. Pensijilan Halal JAKIM tidak rigid atau konservatif

JAKIM sentiasa bersedia melakukan perubahan, penambahbaikan dan mengambil kira aspek kelaziman masyarakat asalkan tidak menimbulkan fitnah atau kekeliruan. Contohnya jenama Hot Dog bagi sosej yang telah diguna pakai sekian lama, mahupun kuih-muih tradisi yang terkenal seperti Tahi Itik, Badak Berendam dll tidak sewenangnya diharamkan. JAKIM juga terbuka dalam berbicang dengan pengusaha yang memohon secara sukarela Sijil Halal Malaysia untuk melakukan pengubahsuaian terhadap nama-nama yang boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam.

9. AUDIT secara berterusan

Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak hanya terhenti di peringkat penyerahan dan pengeluaran Sijil Halal tetapi meliputi aspek pengauditan secara berterusan. Audit pemantauan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali terhadap syarikat yang memegang SPHM.

10. SIJIL HALAL boleh ditarik bila-bila masa


JAKIM mahupun MAIN tidak bertanggungjawab menentukan mana-mana syarikat ataupun makanan sebagai HARAM/TIDAK HALAL kecuali bagi syarikat-syarikat yang telah memperolehi SPHM. JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat SPHM. Jika didapati mereka melanggar mana-mana peraturan termasuk tidak lagi HALAL dan TAYYIB, maka sijil mereka boleh digantung dan seterusnya ditarik pada bila-bila masa


3 Responses

  1. Hantu says:

    Kami 1000% berada dibelakang JAKIM, teruskan usaha murni anda, anda diberkati...
    Pegi jahanam Nazri Dog Aziz, Nik Dog Abduh dan Asri Dog Zainul (ada apa pada nama)....

  2. Anonymous says:

    JAKIM tolong JANGAN PEDULIkan gertakan2 si KETURUNAN TERORIS PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD - serta si pemimpin Islam/Melayu KITOL PENAKUT memanjang! Aku pun TAK pernah TERINGIN makan HOTDOG - terasa MUAL dgn. nama dia tu! Dan PEDULIkan gertakan2 media2 TERORIS ISrael/MOSSAD tu! Asyik nak menGGERTAK apa2 INSITUSI yg. memPERTAHAN kan ISLAM/umatnya, si MUSUH2 Islam/Mealyu-yg. mcm. puak KANIBAL ni!

    Yg mat PENTING, adaalh JAKIM menjalankan TANGGUNGJAWABnya sebaik mungkin. demi ISLAM/umatnya, bukan utk. nak jadi POPULAR kat puak KAFIR HARBI; apa2 kita buat baik mcm. mana pun; tetap akan sentiasa memBENCI/mengGERTAK ISlam/umatnya!

    Nek Tempoyak.

  3. Anonymous says:

    PEMBETULAN:

    JAKIM tolong JANGAN PEDULIkan gertakan2 si KETURUNAN TERORIS PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD - serta si pemimpin Islam/Melayu KITOL PENAKUT memanjang! Aku pun TAK pernah TERINGIN makan HOTDOG - terasa MUAL dgn. nama dia tu! Dan PEDULIkan gertakan2 media2 TERORIS ISrael/MOSSAD tu! Asyik nak mengGERTAK apa2 INSITUSI yg. memPERTAHAN kan ISLAM/umatnya, si MUSUH2 Islam/Melayu-yg. mcm. puak KANIBAL ni!

    Yg amat PENTING, adalah JAKIM menjalankan TANGGUNGJAWABnya sebaik mungkin. demi ISLAM/umatnya, bukan utk. nak jadi POPULAR kat puak KAFIR HARBI; apa2 kita buat baik mcm. mana pun; depa tetap akan sentiasa memBENCI/mengGERTAK Islam/umatnya!

    Nek Tempoyak.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.