..

..

DAP & BERSIH 5 SUDAH GELABAH DIHANTUI GELOMBANG MERAH

on Tuesday, October 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Suhu politik negara di Semenanjung semakin panas.  Kalau dulu bila parti UMNO dan Perdana Menteri diserang, hanya kenyataan politik dikeluarkan pemimpin tetapi kini sudah melibatkan penyokong akar umbi parti .

Sabtu lepas lebih 3 ribu ahli Pemuda UMNO dari seluruh P.Pinang berbaju merah telah   turun ke Persiaran Gurney dalam Himpunan Bangkit Ride Against Corruption memberi signal kepada Ketua Menteri di KOMTAR agar meletak jawatan  dan himpunan  BERSIH 5 perlu dihentikan .

Objektif himpunan ini nampak tercapai dan kawasan Cina DAP di kawasan Persiaran Gurney itu berjaya ditawan memberi isyarat bahawa jika BERSIH 5 diadakan di sini pada 19 November ia akan menerima kesan seperti ini .

Tidak hairanlah Maria Chin dan Nga Kor Ming meroyan bila geng baju Merah menggagalkan himpunan mereka di Johor dan Perak . 

Ia bukan perkara mudah untuk menggerakan  BERSIH 5  kali ini  dan tanpa kehadiran ramai orang Melayu ,  BERSIH 5 akan gagal jika  didominasi Cina .  Ini terbukti semasa BERSIH 4 yang dikritik hebat kerana didominasi Cina dari DAP . 

Signifikan tentangan daripada kumpulan Baju Merah ini sebenarnya bagus untuk bagi fear factor kepada puak2 BERSIH 5.  Selama ini penyokong kerajaan dilihatt berdiam diri dan hanya marah dan kecam melalui laporan Polis dan di media sosial . 





Kalau serang Najib Razak (Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak), bermakna serang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Kalau serang UMNO dan BN maka Pemuda seluruh negara akan bangkit. Jangan serang pemimpin kami’, demikian peringatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.
Beliau berkata demikian selepas bersama-sama menyertai himpunan Pemuda Bangkit anjuran Pemuda UMNO dan Pemuda BN di Persiaran Gurney Pulau Pinang, hari ini.
Himpunan yang disertai lebih daripada 5,000 orang itu adalah bertujuan untuk menuntut agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletak jawatan ataupun bercuti kerana sedang berhadapan dengan kes rasuah.
Selain itu perhimpunan tersebut turut menuntut pihak berkuasa agar tidak meluluskan permit Bersih 5 yang dijangkakan akan diadakan di negeri ini pada 19 November akan datang.
“Kami telah buktikan hari ini… anak muda berkumpul untuk tunjuk bahawa kita tolak Bersih 5 dan kita mahu ajak rakyat untuk sama-sama tolak Bersih 5.
“Jangan cabar kami! Ubi dan sabar itu sama… ada ubi ada batas… dan sabar itu juga ada batas, oleh itu jangan cabar kami. Inilah solidariti kami bagi menyatakan desakan kita terhadap Besih 5 dan Guan Eng agar letak jawatan.
“Kalau anak jantan dan jujur serta telus, letak jawatan atau bercuti.. apa yang takut sangat. Dia memang tidak layak jadi Ketua Menteri mahupun pemimpin,” katanya.
Tambah Azwan, rakyat negara ini tidak mudah ditipu lagi dengan permainan politik kotor pembangkang.
Selain itu beliau juga mahu Bersih 5 jangan memandang remeh kebangkitan Pemuda UMNO dan Pemuda BN kerana sekiranya Bersih 5 meneruskan agenda mereka maka Pemuda akan terus bangkit melawan Bersih 5. – MediaUMNO


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.