..

..

BILA KIT SIANG CAKAP DAP BANTU MELAYU MUNDUR & TERPINGGIR ...

on Friday, October 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Lim Kit Siang hari ini dinasihatkan agar belajar malu pada diri sendiri apabila bercakap tidak serupa bikin dengan menyatakan pendirian Dap yang sentiasa membantu orang Melayu yang terpinggir dan mundur, demikian selar Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Tegas beliau cukuplah melihat keadaan pentadbiran kerajaan Dap di Pulau Pinang di mana masyarakat Melayu miskin dan terpinggir bukan sahaja tidak dibantu malah dianiaya secara halus.

Bagaimana yang dikatakan membela nasib orang Melayu terpinggir sentiasa menjadi pendirian mereka sedangkan orang Melayu yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan diganggu… barang perniagaan dirampas, bazaar ramadhan juga diganggu…

“Ini belum lagi keperluan rakyat seperti rumah tidak dibina… kampung tempat tinggal asal juga mereka robohkan tanpa pampasan yang sepatutnya. Mana rumah kos rendah? Apa jadi dengan tanah wakaf?

“Adakah ini yang dikatakan membela nasib orang Melayu terpinggir?,” ujarnya

Tambah Rafizal, tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin yang rata-ratanya adalah dari orang Melayu malah di Balik Pulau di mana majoritinya penduduknya adalah orang Melayu dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas.

“Dek kerana tidak mampu untuk memiliki rumah, akhirnya ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain. Inilah agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang”, katanya.

Oleh itu tegas Rafizal, Kit Siang seharusnya malu pada diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan tidak serupa bikin itu.


One Response

  1. Anonymous says:

    Kafir harbi memang tak boleh dipercaya.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.