Oleh itu , Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus berhenti mengulangi propaganda beliau bahawa Malaysia tersenarai sebagai negara paling korup di dunia ini.

Menurut  kenyataan   Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng iaitu  laporan Indeks Persepsi Rasuah bagi tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-54 paling bersih daripada 168 negara.

Walaupun TI tidak pernah memuji Pulau Pinang namun ia gagal menghentikan DAP daripada terus mengulangi kritikan ini sepanjang tujuh tahun lalu.
“Malah, sejak tahun 2013, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dijadikan mangsa kritikan daripada DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




Jadi ,  kepada rakyat  jangan mudah terpedaya dan terperangkap  dengan tohmahan pembangkang menggunakan propaganda politik kebencian .   

Menjelang Bajet 2017 , sudah ada  disebarkan maklumat bahawa harga barang kawalan seperti gula dan minyak masak akan naik termasuk peruncit sendiri bagi membangkitkan kemarahan rakyat.