..

..

BEZA ANWAR IBRAHIM DENGAN MUHYIDDIN

on Sunday, October 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




1. Semasa DS Anwar Ibrahim dipecat pada September, 1998 ribuan malah jutaan rakyat jelata berkumpul di rumahnya, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bukan satu hari, bukan satu minggu, bukan satu  bulan tetapi bertahun lamanya. Manakala, semasa TS Muhyiddin dilepaskan jawatannya, tidak sampai 100 orang berkumpul di rumahnya, itupun yang ramai hanya wartawan. 

2. Sebelum Anwar dipenjarakan pada tahun 1999, di setiap ceramahnya, lautan manusia berduyun-duyun, hujan dan panas. Mereka tidak ada ketakutan kepada pasukan keselamatan, begitu ghairah dan bersemangat mereka. Manakala, ketika Muhyiddin dilepaskan jawatannya, untuk mengumpul 1000 orang dalam satu majlis pun tidak terdaya. Nasib baiklah ada bantuan sikit daripada DAP, PAN dan PKR.

3. Semalam saya bertemu dengan seorang Johor, saya sangat terkejut apabila dia memberitahu saya Muhyiddin akan menghadapi masalah besar di Pagoh. Katanya, Muhyiddin bukan orang Pagoh sebaliknya Muhyiddin orang Muar. Kedua, Muhyiddin katanya tidak pernah menduduki jawatan Ketua Pemuda seperti DS Anwar, DS Hishammuddin dan YB Khairy Jamaluddin, maksudnya Muhyiddin tidak mempunyai pengikut hakiki sejak zaman Pemuda. Ketiga katanya, Muhyiddin tidak mempunyai penyokong yang besar. Keempat, amat mengejutkan apabila dia berkata kemunduran Pagoh sangat terserlah berbanding jiran-jiran parlimennya yang lain.

4. Semasa saya di Amerika Syarikat dua minggu lalu, seorang wartawan dari Kuala Lumpur berkata kepada saya. Muhyiddin bergaya 'lama' dan tidak mesra. Berbanding DS Zahid, katanya DS Zahid sangat mesra, menyapa dan mengingati/mengecam wartawan dan duduk sekali makan dan minum bersama wartawan.

5. Saya tidak berapa terkesan dengan cerita-cerita di atas, bolehlah menjadi lelucon, cuma saya ingin bertanya beberapa perkara.

Pertama, seorang bekas Timbalan Menteri yang menyeberang semula ke PKR berkata kononnya mereka akan melawan BN 1 vs 1. Isunya, parti mana yang hendak beri kerusi kepada Parti Pribumi? Kalau ada, sebanyak mana? Saya tidak percaya PAS akan menyerahkan kerusi-kerusinya kepada Pribumi ! Parti PAS adalah parti yang beristiqamah tinggi, tidak mereka akan menjual satu kerusi pun kepada Pribumi.

Kedua, parti PAN hendak bertanding di mana? Boleh kah PAN menyaingi PAS?

Ketiga, mahukah DAP, PAN dan PKR berketuakan Muhyiddin? Saya tidak percaya DAP, PAN dan PKR akan melupuskan keberketuaan mereka kepada DS Anwar Ibrahim. Mereka juga istiqamah, Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan adalah DS Anwar Ibrahim, bukannya Muhyiddin mahupun Tun Dr. Mahathir.

Keempat, prinsip Tun Dr. Mahathir dan Parti Pribumi adalah untuk menjatuhkan DS Najib sahaja. Jika mereka berjaya menjatuhkan DS Najib, mereka mahu melantik orang dari parti Pribumi sebagai Perdana Menteri. Bukannya DS Anwar Ibrahim!

Dengan keadaan-keadaan yang cacamerba ini, saya bersetuju dengan Prof Datuk Dr. Mohd. Redzuan Othman (UNISEL) di sini, bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 nanti.

Sebabnya satu sahaja, parti-parti pembangkang semakin cacamerba sejak kemasukan Parti Pribumi. 

Selamat Berhari Minggu.
Selamat Membaca.
KLIA.

SUMBER : JENTAKUABAKA 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Beza Anwar dan Najib..

    Anwar liwat sorang saja...

    Najib liwat seluroh rakyat...

    Blogger ini pulak suka diliwat dengan kontol sendiri!!

  2. Anonymous says:

    So?
    Kalau mahathir, anwar dan muhyidin bergabung bleh ke nak jatuhkan najib?

  3. Anonymous says:

    BN menang besar Insha Allah. tp bkn sbb persempadanan semula itu faktornya tp disebabkan majoriti rakyat melihat penipuan Pakatan Haprak bersiri2.

    Rakyat hanya diperkudakan untuk kenyangkan temolok pemimpin PR, lepas tu utk bakar semangat semula buat isu fitnah lepas tu provoks dengan DEMONSTRASI jalanan.

    Sampai bila nk bodohkan rakyat dengan isu2 begini. Rakyat perlu terus hidup bukan main poitik siang malam untuk mencatur jawatan untuk menjarah hasil negara selepas terliur melihat UMNO memerintah dgn jayanya!

    So be watched out dgn game plan mahabodoh Pakatan super cacamarba ini jgnlah kita ikut sama sekali menjadi balaci mereka!

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.