..

..

BERSIH 5 DAN RAFIZI KENA CHECKMATE DENGAN JAMAL GERAKAN BAJU MERAH

on Wednesday, October 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kehadiran Datuk Jamal Yunos  semakin memeningkan kepala puak2 BERSIH termasuk Rafizi Ramli.
 Mereka memang cukup marah dengan kumpulan Gerakan Merak diketuia  Jamal kerana segala rancangan untuk menggerakan BERSIH 5 melalui NGO2 pembangkang dilihat cuba disabotaj  .  
Terbaru hari ini Jamal menyerahkan bukti dokuman mengenai dakwaan kononnya BERSIH 5 diresapi pengganas IS .  Ini bukan cakap kosong tapi berserta bukti dan menariknya sumber itu datangnya  daripada Rafizi Ramli  !!

Sementara itu, Rafizi mendakwa kepimpinan Umno sekarang “pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini”.
“Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.
“Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa di selebriti, kan dah sudah kita,” katanya.
Rafizi jelas terkejut dengan dakwaan itu hingga terpaksa menafikan tidak pernah kena Jamal dan sebagainya . Kalau betul Rafizi berkata melayan Jamal membuang masa mengapa terpaksa menafikan dakwaan Jamal ?? 
Ini menunjukkan Rafizi sendiri yang pening dengan Jamal bukannya UMNO !!
Ternyata Jamal kini kalau dalam medan perang  dalam mode offensive . Beliau jelas  attack habis-habisan  BERSIH 5 dan ini berita tidak menggembirakan  kepada pembangkang.

Kalau dulu puak PAS melalui unit amal mereka menjaga keselamatan BERSIH ini tetapi kini harap POLIS yang dulu dipukul dan maki mereka .

Jika BERSIH 5 terus diganggu Gerakan Baju Merah ini , ramai akan tarik handbrake untuk sertai terutama dari kaum Cina . Adakah puak2  chauvinis ini berani turun dengan himpunan yang dikatakan diresapi pengganas IS ?

Hari ni Rafizi dan BERSIH 5 dah kena checkmate dengan game Jamal !! 



Lebih 50 penyokong Gerakan Baju Merah hari ini menemani pemimpin mereka Datuk Jamal Yunos hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan bukti berdokumen mengenai dakwaan kononnya Bersih 5 diresapi pengganas IS.
Kumpulan penyokong baju merah berkumpul di hadapan pintu masuk Bukit Aman seawal jam 2 petang sebagai tanda sokongan kepada Jamal.
Jamal berkata beliau menyerahkan 22 muka surat kepada polis bagi menyokong dakwaannya.
Ketua Umno Sungai Besar itu turut mendakwa salah seorang sumber maklumat yang diterimanya ialah daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
“Lebih kurang 22 muka surat dalam dokumen ini hasil daripada sumber dalaman yang sahih. Perkara itu sangat membimbangkan dan sangat menakutkan kami, ” kata Jamal.
“Sebahagian maklumat ini saya dapat daripada Rafizi. Kita dapat maklumat ini dalam waktu sebulan lepas.”
Pada 28 September, Jamal yang kini mendepani usaha menghalang perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November, menuduh Bersih 2.0 merancang menggunakan taktik luar biasa seperti menawan lapangan terbang.
“Melalui sumber yang boleh dipercayai, mereka ini tujuannya untuk menggulingkan kerajaan dengan menawan beberapa kawasan strategik seperti KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), klia2, Putrajaya dan lain-lain tempat,” katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Buang nama tu,sungguh memalukan melayu ko ni..

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.