..

..

BANJIR LAGI , P.PINANG TERUS TENGGELAM DI BAWAH UBAH DAP

on Sunday, October 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Banjir lagi di P.Pinang dan ia nampak tiada sebarang penyelesaian , berlaku pulak  di ketika kaum India merayakan Hari Deepavali.

Walaupun tiada pemindahan ke pusat bantuan mangsa banjir, ramai netizen rakyat P.Pinang marah dan mempersoalkan apa tindakan kerajaan Dap selama 8 tahun memerintah ?





Antaranya ,  Sdr  Azizi Safar mempersoalkan   Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh belanjakan RM 305 juta untuk bayar kontraktor buat kajian kebolehlaksanaan terowong bawah dasar laut tetapi tidak mampu nak keluarkan RM 350 juta untuk projek tebatan banjir Sungai Pinang yang lebih diperlukan.

Katanya, reserve tunai Kerajaan Negeri ada lebih RM 1 billion. Apa guna Kerajaan simpan duit berbeliun-beliun kalau tidak digunakan untuk kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyatnya?

Sesebuah kerajaan bukannya sebuah entiti perniagaan atau sebuah konglomerat yang perlu tunjuk untung besar setiap tahun kepada pemegang sahamnya.

Priorities kerajaan Pulau Pinang sebenarnya celaru dan berkecamuk... yang tidak perlu didahulukan manakala yang lebih perlu dipinggirkan.

Mana dia kompetensi Kerajaan DAP Pulau Pinang yang digahkan sangat tu?

Akauntabiliti dan transparency Kerajaan Pulau Pinang pun dah hanyut bersama air banjir yang melanda...



Selain itu , Pemuda Pas P.Pinang turut menyindir kerajaan DAP ekoran banjir kilat kerap berlaku kerana Guan Eng pernah menyatakan Pakatan telah berjaya menyelesaikan isu banjir hanya 1 penggal . 


Kesimpulannya , zaman kerajaan BN jarang  dengar setiap kali hujan lebat berlaku banjir kerap seperti ini terutama di kawasan bandar seperti Georgetown.

Sekarang sejak DAP berkuasa di  Penang makin kerap jadi, banjir & tanah runtuh terutama di jalan ke Balik Pulau . 


Inilah akibatnya bila lereng bukit di tarah, laut nak  ditambak demi kehendak kroni pemaju  ...slogan Cleaner Greaner hanya wayang DAP menipu rakyat .


Orang UBAH kepada semakin baik, bukannya UBAH kepada semakin teruk.




GEORGETOWN: Sambutan Deepavali di Pulau Pinang bertukar suram apabila beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air.
Hujan lebat sejak jam 3 petang tadi dan berterusan hingga kini, menenggelamkan beberapa kawasan seperti Jalan P Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Bukit Bendera, Farlim dan Bayan Lepas.

Paras air dipercayai mulai naik sehingga kira-kira 0.7 meter, selain ada beberapa kawasan dilanda banjir lumpur.

Bagaimanapun, belum ada arahan mengaktifkan pusat pemindahan dikeluarkan setakat ini bagi menempatkan mangsa yang terjejas.


One Response

  1. Anonymous says:

    LGE sibuk ke Sarawak. Maka dia tak rasa macam mana rakyat P Penang hidup penuh dengan sengsara.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.