..

..

TUN M MARAH NAJIB PASAL TAK BOLEH DIGULINGKAN , CUBA SABOTAJ PELABURAN RM1.5 BILLION @mpkotabelud

on Friday, September 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




KEJAYAAN lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Malaysia menuju kegagalan.

Mungkin untuk menutup rasa malu itu, serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan. Beliau bukan sama membandingkan Perdana Menteri dan semua yang berada dalam kerajaan sebagai Nazi, tetapi melakukannya ketika Perdana Menteri berada di Jerman.

2. Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak. Justeru, tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.

3. Sekali lagi, Dr Mahathir menunjukkan beliau bukan negarawan, tetapi mengaibkan Malaysia. Kenyataannya semakin terdesak dan tidak waras.

Adalah amat memalukan melihat seorang bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi sendiri dan mendedahkan dirinya sebagai seorang yang kecewa dan pendendam.

Beliau marah kerana perancangannya gagal untuk mengguling Kerajaan yang dipilih secara demokratik supaya anaknya dapat menjadi Perdana Menteri.

4. Baik bekas Perdana Menteri mahu pun yang masih memegang jawatan, mereka tidak sewajarnya berada dalam kancah politik picisan. Bagaimanapun, Dr Mahathir kelihatan berasa amat selesa berada di situ.

5. Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman - negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu. Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion.
Perdana Menteri Malaysia menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, bersama berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


3 Responses

  1. Anonymous says:

    GENERASI PEJUANG BANGSA = GENERASI PEROSAK NEGARA!!!

    GENERASI BERTAMBAH ROSAK!!!

  2. Anonymous says:

    Keling kerala dah giler mabok todi

  3. Anonymous says:

    Asalkan UMNO mampos!!!

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.