..

..

TINDAKAN JEFF OII BUKTI DAP MEMILIKI PEMIMPIN PUNYAI KEBENCIAN MELAMPAU @RazlanRafi

on Monday, September 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan rakan-rakan DAP yang menghina pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din membuktikan sekali lagi parti tersebut mempunyai pemimpin kanan yang mempunyai kebencian terlampau terhadap orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, kebencian itu bukan hanya di dalam diri mereka, malah disuarakan secara terang-terangan.

 “Setiap kali mereka mencaci orang Melayu, pasti akan ada pemimpin DAP yang meminta maaf bagi pihak mereka dan setiap kali itulah tidak akan ada apa-apa tindakan daripada parti mereka. Malah yang menghina orang Melayu akan dianggap sebagai wira.

 “Pemimpin seperti Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Jeff Ooi akan terus dihormati. Manakala agenda DAP untuk mematikan semangat kaum Melayu akan diteruskan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Razlan, yang pastinya, Jeff Ooi dan DAP akan terus dengan agenda mengikis tembok kesucian agama Islam dan adat resam orang Melayu tanpa menjaga sensitiviti pelbagai kaum di negara ini. Sementara itu, sebanyak tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menghina kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

 Desakan itu diutarakan oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal (ARC) melalui empat laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul, di sini hari ini. Turut membuat laporan ialah Pertubuhan Kipidap Negeri Sembilan (Kipidap), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas) dan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis).

Dalam laporan polis itu, mereka juga meminta beberapa laman sosial lain yang dilihat biadab dan cuba mencetuskan kemarahan orang Islam di negara ini turut diambil tindakan. Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, sebagai Ahli Parlimen, Jeff Ooi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap Allahyarham yang juga merupakan seorang ulama yang disanjung tinggi umat Islam.

“Tindakan biadab ini jelas me­nunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP itu. Kenyataan tersebut juga boleh melukakan hati ahli keluarga Haron Din serta saudara mara mereka,” katanya selepas membuat laporan polis tersebut - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-kebencian-disuarakan-terang-terangan-8217-1.384604#sthash.BFuMoQLB.dpuf


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.