..

..

PERSEMPADANAN SPR : GUAN ENG TUDUH MENANGKAN BN SEBALIKNYA UNTUNG DAP P.PINANG @dzainalabidin

on Thursday, September 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak melibatkan negeri itu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya. Jelas pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman, sekiranya SPR mahu melakukan persempadanan semua maka libatkanlah semua negeri memandangkan sudah hampir 13 tahun persempadanan ini tidak dilakukan.

 Kajian semula persempadanan ini katanya dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada tahun 2003. Oleh yang demikian beliau turut membidas pihak pembangkang yang cuba menggambarkan seolah-olah persempadanan semula kawasan pilihan raya ini adalah bertujuan untuk membantu Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

 “Kita UMNO juga bantah terhadap perkara ini jadi tidak wujud mengatakan SPR buat persempadanan semula ini kerana nak menangkan BN. Ini semua adalah bertujuan untuk memburukkan imej BN dan UMNO. 

 “Saya agak kecewa kerana persempadanan semula ini tidak dibuat di negeri Pulau Pinang. Jadi saya berharap SPR akan memikirkan kembali perkara ini dan libatkanlah semua negeri,” ujarnya kepada UMNO-Online. 

 Justeru itu Zainal turut melahirkan rasa hairan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan saman terhadap SPR berkaitan isu ini.

 Seharusnya kata beliau lagi Guan Eng tidak panas punggung malah harus bersyukur kerana persempadanan ini tidak melibatkan Pulau Pinang dan sekaligus memberi kelebihan kepada Dap.

 “Seharusnya Guan Eng gembira kerana ia memberi kelebihan kepada parti Dap. Terdapat 13 kawasan Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini tidak terlibat jadi apa yang mereka marahkan sehingga mahu mengambil tindakan saman. 

 “Sudahlah marah tidak kena tempat… tuduh pula kononnya nk bantu BN menang. Sekarang ini kita juga tidak bersetuju dengan persempadanan semula ini. 

Siapa sekarang ini yang sedang bermain sandiwara politik…,” sindir Zainal. 

Guan Eng dipetik berkata, kerajaan negeri akan memfailkan bantahan itu sebelum 14 Oktober ini, selain menyifatkan persempadanan itu sebagai percubaan untuk memastikan UMNO dan BN memenangi semula Pulau Pinang.

 Guan Eng seharusnya faham persempananan ini dilakukan sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan pengundi.

 Ia hanyalah proses belah bahagi membabitkan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang disifatkan lebih kepada prosedur pentadbiran SPR.

 Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas. Semua pihak diberikan masa selama sebulan sehingga 14 Okt untuk mengemukakan bantahan masing-masing. – MediaUMNO


2 Responses

  1. Diharap SPR tidak lupa akan kewajipan mematuhi perlembagaan Allah swt , sebelum yang lain.Ingatlah bahawa Allah maha mengetahui apa yang nyata atau yang tersembunyi.

  2. Bodohkan Orang Kampung - Puteri UMNO Seperti Kera-Kera Yang Sangat Tolol!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<




    UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<






    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.