..

..

PENGUNDURAN BUCG BUKA PEKUNG TERSIRAT DISEBALIK PROJEK TEROWONG DASAR LAUT KERAJAAN DAP

on Wednesday, September 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi Jawatankuasa Khas Perancangan Strategik UMNO Bahagian Kepala Batas Azizi Safar berkata, insiden seorang wanita yang maut ditimpa kren di tapak projek salah sebuah syarikat kontraktor bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Beijing Urban Construction Group (BUCG) bulan lalu seakan mendedahkan lagi kepincangan dalam projek tersebut.
Jelasnya, dek kerana insiden tersebut kini BUCG telah mengundurkan diri dari consortium Zenith-BUCG.
“Persoalan terhadap kos pembinaan projek ini masih belum terjawab kini timbul pula tanda tanya tentang perlaksanaan dasar laut ini. Ia seakan ada yang tidak kena dan cuba disembunyikan oleh kerajaan negeri pimpinan Dap ini.
“Pengunduran BUCG kali ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya berkata walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengunduran syarikat itu tidak akan menggugat projek terowong dasar laut itu tetapi sebenarnya pengunduran BUCG telah menyebabka  konsortium berkenaan hilang kekuatan kemampuan kewangannya dan pengalaman dalam sektor pembinaan.
“Dulu dikatakan alasan Zenith-BUCG memenangi kontrak projek jalan utama dan terowong dasar laut impian Lim Guan Eng ini adalah kerana kekuatan kedudukan kewangan melalui modal berbayar syarikat yang berjumlah berbilion ringgit dan pengalaman luas BUCG sebagai pembina bertaraf antarabangsa.
“Jadi, apabila BUCG sudah digugurkan ini bermakna secara dasarnya bolehlah dikatakan bahawa Konsortium tersebut sudah hilang kelayakan-kelayakan yang disyaratkan dalam panggilan RFP terdahulu telah berlaku perubahan struktur pegangan saham dan ahli kongsi,” ujarnya.
Justeru itu tegas beliau ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri antaranya mengapa kerajaan negeri menandatangani atau menganugerahkan kontrak kepada Konsortium Zenith-BUCG sekiranya sudah dikenalpasti dari awal China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) yang akan bertindak sebagai kontraktor utama projek?
“Apakah peranan sebenar Konsortium Zenith-BUCG dalam projek ini jika CRCC yang sebenarnya bertanggungjawab membina jalan-jalan utama dan terowong bawah dasar laut tersebut dan mengapa kerajaan negeri sebelum ini tidak melantik secara terus CRCC sebagai kontraktor tanpa perantaraan Konsortium Zenith-BUCG.
“Selain itu kerajaan negeri juga perlu menerangkan bagaimana dengan tanah tambakan laut yang telah diberi milikan kepada konsortium Zenith-BUCG sebagai ‘partial payments’ untuk kerja-kerja kajian kebolehlaksanaan, dan rekabentuk terperinci yang telah dibuat”, katanya.
Ini tambah beliau belum lagi tentang kedudukan baki bayaran-bayaran yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri kepada Konsortium Zenith-BUCG.
“Semua persoalan ini perlu dijawab agar rakyat tidak lagi tertanya-tanya dan bersyak wasangka buruk kepada kepimpinan Dap ini,” ujarnya.
Tegas beliau, jika kerajaan negeri gagal menjawab segala persoalan ini maka ada berkemungkinan bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak berhasrat untuk melaksanakan projek terowong bawah dasar laut ini.
“Ia hanyalah satu helah untuk menganugerahkan tanah milik rakyat Pulau Pinang kepada syarikat kroni beliau saja”, katanya.- MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Guan Eng tidak berani menyerahkan kepada JKR kajian feasibility dan detail design yang kononnya hampir siap kerana dia tahu tembelangnya akan pecah kerana documents tersebut hanya bernilai beberapa juta RM berbanding ratusan juta yang telah dibayar kepada Consortium Zenith-BUCG.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.