..

..

PEMIMPIN UMNO JANGAN CEPAT MELATAH CYWAR HAPRAK KAJIAN INSTITUT KERAJAAN PKR @Zahid_Hamidi @HishamuddinH20

on Tuesday, September 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari  ini Institut Darul Ehsan (IDE) milik kerajaan PKR  Selangor mengemukakan hasil kajian persepsi pengundi di Selangor berhubung kononnya  siapakah tokoh dalam Umno yang popular menjadi pengganti Najib Razak.



Empat tokoh diletakkan IDE untuk ditinjau dari kalangan 1,761 respondan. Mereka ialah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Mustapa Mohamed dan Annuar Musa.

Kajian itu mendapati Hishamuddin paling popular dengan mendapat 32 peratus undi didikuti oleh Zahid mendapat 31 peratus undi. Bezanya hanya satu undi sahaja. 




Agak pelik kenapa IDE milik kerajaan PKR Selangor secara tiba-tiba mengemukakan kajian siapa PM untuk menggantikan Najib  dipilih rakyat Selangor .  

GPB tertanya-tanya Prof kangkung  IDE ini apakah waktu dan ketika ini   Najib sudah nak letak jawatan  akibat serangan Mahathir & pakatan pembangkang      ?? 


 fahami dulu NO RETREAT NO SURRENDER  


Mengapa Selangor ?? Adakah rakyat  Selangor sahaja berhak menentukan siapa PM ? 

Sebenarnya GPB  melihat   kajian ini adalah usaha terdesak PKR menggunakan IDE  sebagai alat untuk melakukan propaganda untuk memecahbelahkan perpaduan   kepimpinan tertinggi  UMNO iaitu 2 orang Panglima setia Najib iaitu DS Zahid & DS Hishamuddin . 

Kita semua tahu semasa 2015 , Najib diserang bertubi-tubi dari dalam UMNO dan di luar parti  . Siapa yang mempertahankan beliau ??

2 orang Naib Presiden inilah iaitu DS  Zahid Hamid & DS Hishamuddin yang turun ke semua negeri menerangkan kepada akar umbi tentang isu 1MDB ,  mempertahankan institusi Presiden dan parti . 

Jadi , taktik jahat untuk memecahbelahkan hubungan mereka ini perlu dilakukan  dan inilah kerja mereka melalui kajian haprak  prof kangkung yang entah betul atau tidak  ! 


Mengapa IDE tidak melakukan kajian persepsi  siapa MB pilihan rakyat Selangor ??  Adakah  Azmin lebih popular atau individu lain seperti TS Khalid ? 



Selain itu , timing  kajian IDE dibentangkan juga bagi menutup kelemahan kepimpinan  dalam Pakatan pembangkang yang kini sedang bergelur untuk  merebut kuasa siapa bakal menjadi PM jika menang PRU14. 

Hari ini Penasihat parti PRIBUMI  ,  Mahathir sudah meletakkan nama  bonekanya Muhyiddin sebagai calon PM  manakala  Pakatan Harapan tetap memilih Anwar sebagai PM . 

Mengapa IDE tidak membuat kajian siapa PM dari  pembangkang  ?? 

 Sekurang-kurangnya BN sudah ada calon PM iaitu Najib tapi pembangkang masih lagi bertelagah siapa lebih layak !!









Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.