..

..

PEMBANGKANG UTAMAKAN SERANG 1MDB DARIPADA SELESAIKAN MASALAH AIR SELANGOR

on Wednesday, September 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Pembangkang sebelum ini begitu aktif kononnya memperjuangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menyeleweng dan mencuri wang rakyat dalam hal tersebut.
Wang dari syarikat itu dikatakan dilenyapkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk dari luar negara, telah membuktikan bahawa tuduhan ini tidak benar.
Agensi dalam negara khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara sudah pun membuktikan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa jenayah dan salah laku.
Hatta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengatakan Najib tidak terlibat dalam siasatan mereka dalam satu saman sivil kononnya mahu merampas aset dan harta berkaitan 1MDB yang diseleweng tapi saman itu juga entah ke mana sudahnya.
Ketika itu rakyat hanya mengikuti sahaja berita dan laporan berkaitan kes itu tanpa terjejas sedikit pun dari segi kehidupan seharian dan juga ekonomi kerana keadaan ekonomi negara tetap kukuh. 


Sedangkan hari ini, rakyat negeri yang di perintah pembangkang Selangor, sedang menghadapi gangguan bekalan air yang seringkali berlaku akibat pelbagai sebab. Antara yang paling utama ialah kerana masalah pencemaran di loji rawatan air.
Apabila Kerajaan Negeri Selangor dihujani persoalan, lantas dituduh pihak yang mengkritik sebagai cuba mempolitikkan isu bekalan air yang telah pun menyebabkan rakyat negeri Selangor susah kerana ketiadaan bekalan air.

Apa sahaja cubaan dibuat untuk meminta penjelasan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan dilabelkan sebagai cubaan untuk memburukkan reputasi politik kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu. Hakikatnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan sumber air sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan rakyat.
Dalam kes di Selangor, semua aspek Pengurusan air negeri itu adalah berada dibawah tanggung jawab kerajaan negeri, nak menafikan macam mana lagi?
Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) sungai Semenyih sahaja telah ditutup sebanyak enam kali sejak 2013 kerana gara-gara pencemaran air dan ia menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
2 Menteri Besar berbeza tapi masalah masih sama.
Jika kerajan negeri pembangkang Selangor memberikan fokus kepada keutamaan masalah bekalan air di Selangor, sudah tentu ia akan selesai dan rakyat negeri itu tidak menghadapi masalah air lagi. Kerana sibuk masuk campur hal seperti 1MDB yang tidak nampak menyusahkan sesiapa , rakyat negeri itu kini terabai dari aspek bekalan air.
Dengan isu 1MDB sudah pun boleh dikira selesai, sedangkan isu bekalan air masih tidak nampak jalan penyelesaiannya ini, membuktikan pembangkang hanya berminat mempolitikkan isu, bukan menyelesaikan masalah rakyat. – Beruang biru


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Air tetap menjadi masaalah dihadapi oleh rakyat Selangor . Ini sdalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah tiada pemantauan terhadap perlepasan sisa kesungai oleh kilang2 yg sebelum ini haram tetapi dihalalkan oleh kerajaan negeri. Juga tiadanya tindakan tegas terhadap mereka ini oleh penguasa undang2. Manakala 1mdb pula masih menjadi masaalah kepada rakyat Malaysia bagi tahun2 mendatang kerana duit pembayar cukai dinukan untuk membayar hutang. Masih banyak lagi yg belum selesai . Rakyat masih belum mengetahui kemana perginya dana yg dipinjam oleh 1mdb tersebut. Kerajaan masih berdolak dalik dan cuba menyembunyikan fakta sebenar. Kesimpulannya dua2 kes ini memeng menyusahkan rakyat cuma kes air ini nampak sebagai kesan terus kepada rakyat manakala kes 1mdb kesannya secara tidak langsung tetapi amat besar kepada rakyat.

  2. Anonymous says:

    saudara,

    Betul ke SPRM cakap Najib tak bersalah? kalau x bersalah, kenapa 2 kali laporan SPRM dihantar kepada AG..yang tolak AG bukan SPRM..

    Duit derma dari Arab..betul ke? andaian saudara hanya berdasarkan satu surat dan air liur menteri luar arab saudi..cukup ke..bagi pemakan dedak memang cukup..kalau duit terus transfer masuk ke akaun, mesti ada bukti transaksi. semua bank pun ada slip transaksi..waima masuk duit dalam mesin deposit tunai pun ada slip..mana bukti??

    Sedangkan dalam laporan DOJ, money trail yang dipegang oleh AG waktu sidang akhbar, dll laporan, duit tersebut dari tok arab yang bernama Tan, pemegang akaun tanore finance. Dari akaun tersebut, duit sebanyak 681m dipindahkan ke akaun PM. dan duit yang dipulangkan pun sebanyak 620m, dimasukkan ke akaun Tanore finance....

    Kalau saudara dapat buktikan dengan jelas, bukan sekadar menulis, atau sekadar nak mempertahankan penyamun bersandarkan laporan PAC (saudara baca ke? kan bawah OSA), air liur menteri2, air liur PM, tak payah le buang masa org..

    Org pergi program nothing to hide nak dengar penjelasan dari mulut dia, dia yg lari..org sekarang bukan bodoh la saudara..anwar ibrahim kalau setakat bukti air liur kata dia meliwat tanpa bukti DNA, pengakuan saiful, CCTV, dia tak akan dipenjarakan..

    Sila jelaskan kalau saudara anggap apa yang kami percaya ni tak betul.

  3. Anonymous says:

    Sedikit sambungan, izinkan,..apabila kerajaan dibelenggu hutang yang bertimbun, perbelanjaan perlu dikurangkan, manafaat-manafaat terus dari kerajaan seperti perubatan, pendidikan dan keselamatan akan terjejas. Yang kaya mampu membeli semua itu, yang miskin dan tidak mampu akan terkesan dari kemerosotan perkhidmatan akibat kekurangan peruntukan. Sekarang pun sudah banyak program-program sokongan pendidikan dihapuskan atau dikurangkan, mutu ubatan dipersoal dan keselamatan dan penguatkuasaan ditempat awam begitu longgar...

  4. Anonymous says:

    duit pembayar cukai dikatakan untuk membayar hutang imdb ini satu penipuan.

    IMDB tu company.. celah mana wang perbendaharaan negara nak masuk dlm akaun korporat IMDB?

    kalau ye pun nk jd macai.. bglah fakta. Dlm sistem kerajaan ingat senang2 ke nk pindahkan wang.. semua berekod.

    Kalau yg menipu tu kakitangan satu2 jabatan lah sbb mereka yg control sistem..bkn PM atau Menteri!

    lain kali jgn byk sgt makan askrim dalam TANDAS.. !! ok!??

  5. Anonymous says:

    Kalau nak bercerita tentang sesuatu, usahakan serba sedikit maklumat dan ditambah dgn akal fikiran yang dikurnia tuhan, kurangkan sumpah-seranah carut-marut dan tuduh lucah melampau,...walaupun kita berselindung di sebalik anonymous.
    Bila nak cerita pasal 1MDB, sekurang-kurangnya baca laporan PAC, sambil memahami skop dan objektif laporan. Siapa yang menjamin tanggungan hutang 1MDB...Baca tanggungan kerajaan kepada 1MDB bermula dari mukasurat 48 hingga 56, satu petikan dari m/s 56 -- 5.3.4.3 Pendedahan Risiko Kerajaan Persekutuan
    Secara keseluruhannya, sehingga bulan Oktober 2015, pendedahan risiko Kerajaan Persekutuan sekiranya 1MDB gagal melunaskan pinjaman, dianggarkan berjumlah RM20.31 bilion tidak termasuk bayaran faedah..kalau ini bukan fakta,...bagaimana lagi yang dikatakan "FAKTA" itu..

  6. Anonymous says:

    Laporan PAC (Public Accounts Committee) adalah laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara - Parlimen ke13, Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1 Malaysia Development Berhad. Ia tidak terikat dengan OSA, yang terikat dengan OSA adalah Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang dibuat oleh Jab. Audit Negara.. Jadi laporan PAC boleh dicari dan dibaca...usahakanlah baru seronok nak sembang...

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.