..

..

PEGUAM AS KIMBERLY MOTLEY PLOT UNTUK HIDUPKAN GELOMBANG PEMBEBASAN ANWAR & BERSIH 5

on Thursday, September 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Minggu Hari Raya Aidiladha , pembangkang  & portal Malaysiakini  memainkan isu  iaitu mengenai Peguam Amerika Syarikat yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Kimberley Motley* .

Selepas mendapat kebenaran berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim , kini mahu menemui Timbalan Perdana Menteri Malaysia pulak .  Siapa dia Kimberley Motley yang perlu untuk  pemimpin No 2 negara melayan kehendaknya ??

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberly Motley, mahu menemui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipercayai mempunyai maklumat berhubung kes liwat II.
Peguam warga AS itu berkata demikian di perkarangan Penjara Sungai Buloh hari ini, seusai pertemuan satu jam dengan anak guamnya pada 3.10 petang tadi.
“Saya mahu berjumpa timbalan perdana menteri, malah saya sedia temui semua pihak yang punyai maklumat berhubung kes ini — sesiapa sahaja yang mahu bercakap mengenainya.
“Terus-terang saya tak faham bagaimana beliau boleh didapati bersalah. Saya fikir semua orang dalam keadaan waspada menjelang perbicaraan nanti,” kata peguam hak asasi itu kepada pemberita.


Bila kita kaji dan nilai secara matang ianya hanya strategi  dan plot satu lagi political gimmick untuk raih simpati dan create gelombang  sokongan rakyat untuk   BERSIH  5 dijadualkan diadakan pada bulan November. .

Malah pembebasan  Anwar yang dianggap tahanan politik  juga termasuk  antara agenda BERSIH 5 selain mendesak  Perdana Menteri meletak jawatan .

Walhal  seluruh  Malaysia tahu Anwar  dijatuhkan hukuman kerana kesalahan moral dan didapati bersalah dalan sistem dan proses undang-undang  Negara .

Jadi kehadiran  Kimberley Motley daripada Amerika Syarikat ini   hanya sekadar menjadi watak plot   raih simpati untuk menaikkan semula isu pembebasan Anwar .



Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.