..

..

PAS ULANGI TOLAK KERJASAMA DAP , HAJAT 1 LAWAN 1 SEMAKIN SAMAR @dzainalabidin

on Tuesday, September 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Cadangan dari Amanah , PKR dan PPBM mahu meletakkan calon 1 lawan 1 dengan BN di PRU14  nampaknya semakin samar. 

Isu penghinaan DAP terhadap Arwah Datuk Dr Haron Din terus membuatkan PAS semakin muak dengan sikap kurang ajar dan biadap parti chauvinis ini . 

Pendirian Presiden PAS untuk tidak bekerjasama dengan DAP terus diulangi .

Walaupun terdapat beberapa pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang cuba main politik playsafe tetapi hasratnya jelas  lebih cenderung mahu  melihat parti itu bekerjasama dengan DAP - PKR- Amanah . 

Jika DAP terus dengan sikap angkuh tidak mohon maaf dalam kes Jeff Oii ini, memang sukar lah hubungan tahaluf siyasi seperti dahul akan terlaksana. 




MARANG – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk menjalinkan kerjasama baharu melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerjasama dengan DAP kerana sikap parti itu yang menentang agenda Islam.

“DAP mungkin tidak kerana sikap parti itu yang menentang Islam. Tiada kerjasama (baharu) dengan DAP.

"Kalau kemungkinan (gabungan baharu dengan parti pembangkang lain menentang BN) juga kita tidak boleh jawab. Kita akan lihat parti lain (dahulu). Kita tidak (mahu) mengulangi senario lama. Akan dikaji,” katanya.

Walaupun belum ada keputusan, namun Pas dilihat bersedia memberi ‘pertimbangan’ kepada parti pembangkang yang lain dalam mewujudkan kerjasama melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.

Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sekiranya mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP.

“Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,” katanya.
 


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.