..

..

MUHYIDDIN MENGEMIS SOKONGAN PKR , JANJI MAHU BEBASKAN ANWAR PULAK @dzainalabidin

on Wednesday, September 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas diluluskan ROS  dilihat meneruskan kempen mereka dengan gear 5 untuk menarik sokongan .  Perjuangan mereka sebelum ini dilihat hanya mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri , kini sudah menambah pelbagai janji politik  . 

Terbaru Presidennya Tan Sri Muhyiddin berjanji pulak dengan PKR  untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara jika membantu partinya bagi menumbangkan BN di pilihanraya umum akan datang. 

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor The New Straits Times hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mendesak pembebasan itu kerana ia merupakan permintaan orang ramai.
Bagaimanapun, permintaan itu hanya boleh ditangani sekiranya PPBM sebahagian daripada kerajaan yang menggantikan BN dan penyokong mengizinkan beliau melakukannya.
“Kita perlukan reformasi sistem pilihan raya yang radikal untuk membebaskan semua rakyat Malaysia. Hanya melalui penukaran kemudi, kita akan dapat tentukan nasib Anwar.
“Kita tak boleh harapkan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) untuk bebaskan Anwar,” kata Muhyiddin di seminar anjuran PKR, berdasarkan laporan NST. klik di sini 


Ini kerana Muhyiddin tahu bagi menumbangkang BN , perlu satu pakatan yang kuat yang bersatu   sesama parti pembangkang seperti PRU13 lalu . Jadi UMNO perlu berwaspada dengan strategi pembangkang kini dan BERSIH 5 dilihat sebagai kemuncak untuk penyatuan mereka . 

UMNO  kini dilihat  melalui fasa penyucian ahli2  musang berbulu ayam yang meyokong Tun Mahathir . 

Musim  Mesyuarat UMNO Bahagian dilihat hampir 100 % menyokong kuat kepimpinan PM dan TPM memimpin parti dan kerajaan . 

Keyakinan ahli-ahli UMNO yang  terus setia kepada perjuangan parti keramat itu untuk membela rakyat dan membangunkan negara dilihat masih utuh dan yang keluar parti hanya lah mereka yang taksub kepada Tun Mahathir dan konco-konconya. 




3 Responses

  1. Anonymous says:

    SIANNNN PP LEBAM KE HULU KE HILIR BUAT CERAMAH... BOBOI SKG KAT ABU DABI MAIN IKAN LUMBA LUMBA NGAN ANAK BOBOI... MEDEY KUTTY MAIN KUDA KAT BUKIT KIARA... BILA SUMA NNPK DAH CANTIK NNTI ALAMATNYA PP LEBAM KENA PENCUNG NGAN MAMAK KERELA UNTUK NAIKKAN BOBOI... TUNGGUUUU DAN LIHAT NASIB PP LEBAM KENA MAIN DNG MAMAK KUTTY TUNGGU NAK MATI.. KAH KAH KAH... PP LEBAM..BOBOI..MAMAK KUTTY MANA ADE PENYOKONG GRASS ROOT....MEDEY KUTTY DAN BOBOI BILA BAB ANWAR ALJUBOORI LANSUNG BISU PEKAK BADAK... SIAN PP LEBAM KE HULU HILIR...

  2. Anonymous says:

    apa dah jadi muhyiddin??? lu campur golongan penipu dan putar belit maka lu pun jadi penipu dan cakap putar belit... semakin lambat PRU14 semakin mendedahkan sifat2 sebenar bekas2 pemimpin umno yg ditendang keluar...

  3. Anonymous says:

    dia bukan dlm kjaan dan ahli UMNO, sekarang dia pembangkang,suka hati dia lah.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.