..

..

MEMALUKAN ! KENA TUDUH RASUAH TAPI MASIH PEGANG JAWATAN PENJAWAT AWAM ! @dzainalabidin

on Friday, September 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Hari ini dalam sejarah P.Pinang , seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah masih lagi tidak melepaskan jawatan tertinggi dalam penjawat awam negeri .

Itu bezanya taraf seorang  pemimpin politik pembangkang yang dituduh rasuah dengan penjawat awam lain yang dikenakan juga kes seumpama. Contohnya kes  terbaru Pengarah JKR Melaka dituduh rasuah dan ubah wang haram sudah  tidak lagi memegang jawatan samada bercuti atau digantung tugas. 


Tetapi bila pemimpin  pembangkang dituduh rasuah , mereka menggunakan alasan konspirasi dengan pelbagai putar belit untuk membohongi penyokongnya dan rakyat . HIPOKRIT !! 





Pagi tadi , berlaku sedikit kekecohan antara penyokong Guan Eng dengan NGO yang turut hadir melakukan flashmob mendesak Guan Eng meletak jawatan .

Tekanan seperti ini akan berterusan selagi Guan Eng tidak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri .



KES RASUAH  BANGLO DAN PROSIDING KOMITAL TERHADAP YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG

“ Kenapa Ketua Menteri  Pulau Pinang masih belum melepaskan jawatan atau ‘bercuti’ dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah didawa dengan DUA pertuduhan salah laku rasuah (Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan) di Mahkamah pada 30 Jun 2016 lalu.

“ Tindakan Lim Guan Eng untuk tidak melepaskan jawatan atau ‘bercuti’ dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan menyebabkan tekanan yang tidak wajar ke atas pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berkemungkinan akan dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan nanti bila bicara kes rasuah terhadap beliau dimulakan.

“ Selain pertuduhan rasuah ke atas dirinya, Lim Guan Eng turut berhadapan dengan tindakan dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggugat pentadbiran keadilan, sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah setelah permohonan Peguam Negara dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 21 September 2016.

“ Tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian terhadap sistem Kehakiman dan Keadilan Negara adalah perlakuan yang tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri atau seorang Ketua Eksekutif Negeri. Satu perlakuan atau tindakan yang mencemarkan jawatan yang disandangnya.

“ UMNO Pulau Pinang sekali lagi mendesak Lim Guan Eng untuk melepaskan jawatan atau bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kes rasuah terhadapnya selesai dibicarakan oleh Mahkamah. Ini bagi memastikan agar integriti dan kehormatan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang  terjamin dan terpelihara dan tidak terpalit dengan rasuah.

" Seseorang Ketua Menteri yang beretika  dan bermaruah akan meletakkan jawatan atau bercuti dari jawatannya bila menghadapi pertuduhan rasuah atau jenayah di Mahkamah demi menjaga integriti jawatan yang disandang. Malah seseorang pegawai kerajaan atau penjawat awam perlu  bercuti bila menghadapi pertuduhan yang serupa.

" Ternyata Lim Guan Eng terlalu "sayang" untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipegangnya sekarang. Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri samada beliau adalah seorang yang gila jawatan dan gila kuasa atau tidak.

Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang


4 Responses

  1. Anonymous says:

    SPRM perlu rampas semua harta Lim Guang Eng terutamanya banglo terlajak murah.

  2. Sudah msk makamah maa...kasi lepas

  3. Anonymous says:

    Desakan yg dibuat tak kuat..penyokong kerajaan terlalu takut hendak mendesak harapkan NGO saja..Mana pergi menteri MCA,MIC ...tenguk saja ke..BODOH

  4. Anonymous says:

    Sungguh memalukan menggelar diri pejuang bangsa tp sebenarnya ko hanya penjilat najib..

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.