..

..

MAHATHIR SERANG 1MDB KERANA INDUSTRI TENAGA TAK LAGI DIKUASAI KRONINYA - RAJA PETRA

on Tuesday, September 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin mendakwa, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Menurut beliau, Dr. Mahathir sedar sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya, ia akan menyebabkan kawalannya terhadap industri tenaga berakhir.

“Jadi, beliau melakukan sabo­taj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran per­­mulaan awam (IPO) dan kemudian, dengan me­­­­nyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion. 

“Walhal, nilai asetnya melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan ke­rugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini. 




Raja Petra berkata, Najib tahu mengapa Dr. Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan ia tidak mempunyai kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.

Beliau memberitahu, Perdana Menteri juga tahu matlamat Dr. Mahathir sejak 1990 adalah untuk me­nguasai industri tenaga yang menya­lurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Apabila Najib men­jadi Perdana Menteri, industri tenaga dikuasai oleh proksi dan kroni Dr. Mahathir,” jelasnya.

 Menurut Raja Petra, meman­dangkan Najib tidak boleh me­miliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambil­alihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.-

SUMBER  :  UTUSAN -


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Blogger "Generasi Perosak Bangsa"

    Menfitnah, mencaci orang lain tapi mempertahankan PM Lanun yang menyamun skali maxima!!!

  2. Anonymous says:

    Blogger Sial menfitnah orang.. Kalau ada bukti samanlah Tun saperti mana merata dunia yang ambil tindakkan terhadap menyalah gunaan Dana 1MDB.

  3. Anonymous says:

    Tuduhan tanpa bukti..

    Juga terangkan yang diSingapura BSI di arah tutop beroperasi dan pegawainya dikenakan tindakan kerana terbabit menyeleweng wang 1MDB??

    Harta yang bernilai SGD240 Million dirampas dimana separoh daripadanya bernilai SGD120 Million milik Jho Lo dan Keluarga. Tak termasok tindakan Negara2 lain.

    Berhentilah mencacai!!!!

  4. Anonymous says:

    Umur Tun dah lebih 90an dan rasanya dia tak perlu pun mengejar harta dunia. Apa yg dia lakukan adalah demi rakyat dan negara Malaysia yg dia bangunkan selama 22 tahun. Adalah amat menyedihkan melihat aset2 negara terlepas ketangan entiti asing sedangkan 1mdb masih menanggung hutang yg banyak. Rakyat juga tidak dapat menikmati apa2 hasil drp penubuhan 1mdb. Tarif letrik tetap naik setelah IPP dibeli drp pemilik tempatan dan dijual ke pemilik drp negara China.

  5. Anonymous says:

    Inilah yang sebenar benarnya yg berlaku bila 1mdb disabotaj oleh pengkhianat negara... rakyat nnok game mamak dan anak beranak sertakroni mereka...

  6. Anonymous says:

    panas panas punggung macai mahadey...
    mahadey adalah bertaraf wali di mata mereka...
    menghina mahadey umpama menghina wali...
    wali apa...????.......wali setan..puihh

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.