..

..

KERAJAAN DAP BAYAR RM140 RIBU UNTUK BELI RUMAH SP CHELLIAH BERNILAI RM72,500 ? @dzainalabidin

on Friday, September 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




UMNO Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan kerajaan Pulau Pinang yang dilapor membeli 320 unit rumah kos sederhana rendah bagi projek kerajaan negeri, The Rise di Jalan SP Chelliah, untuk kuota Bumiputera.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman melontarkan pelbagai persoalan kepada Kerajaan Dap Pulau Pinang terhadap pelbagai kekeliruan berhubung pembelian 320 unit Rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) untuk Kuota Bumiputera di negeri itu.
Tegasnya kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar RM 140,000 untuk rumah KSR (Mampu Milik Kategori B) yang harga jualan siling telah ditetapkan oleh Kerajaan pada harga RM 72,500 seunit?
Jika. kos yang akan dibayar kepada pemaju oleh Kerajaan Negeri adalah termasuk harga tempat letak kereta ia hanya akan berjumlah RM 97,500 sahaja (RM 72,500 + RM 25,000)? Bukannya, RM140,000 seunit dan juga bukan RM100,000 seunit sebagaimana laporan dalam Roketkini”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini
Justeru beliau seterusnya melontarkan persoalan kenapa pembayaran sebanyak RM 67,500/unit untuk 320 unit rumah KSR yang diperuntukan kepada Bumiputera perlu dibuat kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai “sumbangan bagi menampung kerugian MBPP menyerahkan tanah tapak projek?
Dilaporkan sebanyak 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) berharga RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P Chelliah telah dibeli kerajaan negeri untuk dijual semula kepada pembeli bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500 seunit.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, langkah berkenaan diharap mampu memastikan lebih 30 peratus kuota bumiputera yang diperuntukkan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandaraya. -MediaUMNO


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.