..

..

HUSAM , CHANG BUTA FAHAMI PROSEDUR MAHKAMAH AS AKHIRNYA MAKAN DIRI

on Tuesday, September 27, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


hanya cubaan meraih populariti politik tanpa memahami prosedur mahkamah di Amerika Syarikat membuatkan bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad,  peguam Matthias Chang bersama bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terpaksa menggugurkan tuntutan saman sivil yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap penerbit filem The Wolf of Wall Streetu, Red Granite.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan kedua-dua individu tersebut juga dilihat sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak menghormati institusi kehakiman.
"Di dalam kenyataannya bertarikh 24 September 2016, beliau (Husam) menyatakan bahawa penarikan balik saman itu dibuat bertujuan untuk menyesuaikan saman tersebut ekoran beberapa perkembangan-perkembangan terkini, adalah tidak dapat diterima. Sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk membuat penambahan fakta, ianya boleh dilakukan tanpa menggugurkan tindakan menerusi prosedur permohonan tambahan.
"Mereka bukan sahaja cuba untuk memalukan Malaysia, malah tindakan mereka boleh dilihat sebagai kurang faham akan prosedur mahkamah dan keperluan asas bagi pemfailan 'Class Action'.
Tindakan mereka juga dilakukan atas tujuan politik dan mereka terburu-buru di dalam perkara ini semata-mata untuk mendapat publisiti dengan menyalahgunakan mahkamah," katanya dalam satu kenyataan Isnin.
Jelas Azalina, keputusan Husam dan Chang menggugurkan 'Class Action' terhadap syarikat-syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan individu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak bermerit dan tidak berasas.
"Tiada mana-mana individu, termasuk di Malaysia atau mana-mana di dunia, boleh menyalahgunakan proses mahkamah. Tiada pihak sepatutnya menimbulkan isu yang tidak berasas atau mempertahankan sesuatu tindakan yang tidak mempunyai justifikasi perundangan.
"Sekiranya seseorang individu itu sedar bahawa sesuatu tuntutan itu tidak bermerit, tetapi masih meneruskan tuntutan tersebut dengan tujuan yang hanya diketahui oleh individu itu sendiri, maka ianya adalah suatu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah serta tidak menghormati institusi kehakiman," tegas Azalina yang juga arif tentang undang-undang.
Secara umumnya, permulaan 'Class Action' akan ditentukan berdasarkan kepada empat pra-syarat yang ketat menurut Peraturan 23(a) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan Amerika Syarikat (FRCP-USA).
Walau bagaimanapun, Peraturan 11 FRCP menyatakan setiap tindakan yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan hendaklah bermerit dan bukan bagi tujuan yang tidak sewajarnya.
Pengenaan syarat tersebut adalah juga untuk mengelakkan tindakan melambatkan sesuatu kes secara sengaja atau taktik penyalahgunaan oleh mana-mana peguam serta bagi menyelaraskan proses litigasi dengan mengurangkan tindakan yang tidak bermerit dibawa ke mahkamah.
Oleh yang demikian, litigan mempunyai tugas untuk memastikan bahawa tindakan yang akan diambil dalam lingkungan Peraturan 23 dan Peraturan FRCP.
Sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas Wall Street Journal (WSJ) dan media Barat lain kerana tidak melaporkan tentang penolakan saman yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

"Saman oleh konco-konco Tun (Dr) Mahathir itu menjadi berita dan mencetuskan kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos (2016). Tetapi, anehnya, WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa semalam, saman itu ditolak," katanya dalam kenyataan hari Sabtu.

Saman itu diketepikan pada tengah hari Jumaat, tetapi tiada alasan diberi tentang penolakannya.
Menurut Salleh, saman itu sebahagian daripada rancangan Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Dan semua ini adalah atas sebab politik peribadi, semata-mata untuk memberi manfaat kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal," katanya. -26/9/2016


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.