..

..

GUAN ENG BAKAL DIHERET LAGI KERANA TINDAKAN HINA MAHKAMAH

on Thursday, September 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Prosiding komital bagi memenjarakan Guan Eng, berikutan kenyataannya di media cetak dan media sosial yang mempersoalkan tindakan Peguam Negara berhubung pendakwaan rasuah terhadapnya.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan sebelah pihak dikemukakan Peguam Negara yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh di kamar beliau, dalam pengurusan kes saman pemula difailkan pada 18 Ogos lalu.
Dalam saman pemula itu, Peguam Negara memohon Guan Eng dipenjarakan kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak dan media sosial, yang beliau tahu ia akan menggugat pentadbiran keadilan dan mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.