..

..

BILA NURUL NUHA DESAK MAHATHIR MOHON MAAF KEPADA ANWAR , SIGNAL SYARAT UNTUK PRIBUMI

on Thursday, September 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Anak perempuan kedua Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, dilaporkan mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada bapanya  kerana menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak bermoral dan peliwat. klik di sini

Nuha menyatakan apa dilakukan oleh Mahathir terhadap bapanya itu telah meninggalkan kesan yang besar kepada mereka sekeluarga. Nuha juga mahu Mahathir mengakui bahawa dakwaan terhadap bapanya itu sebagai satu rekaan.

Perkara berkenaan dilaporkan oleh portal The Malay Mail Online yang memetik Nuha sebagai berkata, Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).


Persoalannya , apakah Mahathir akan tunduk kepada kepada anak Anwar ini  ?

Sudah tentu tidak kerana hilanglah MARUAH seorang diktator selama 22 tahun  jika tunduk desakan ini. Ini kerana jika dia berbuat demikian iaitu  mohon maaf bermakna  seolah-olah mengakui bahawa  Anwar tidak pernah liwat dan kesemua itu hanya dakwaan palsu daripadanya.

Mahathir juga terpaksa mengakui bahawa tuduhan-tuduhan berkenaan hanyalah satu fitnah.

Mampukah Mahathir berbuat demikian?

Harus  diingatkan suara Nurul Nuha juga merupakan suara keluarga Anwar dan mereka pasti masih lagi menyimpan dendam terhadap Mahathir di atas apa dilakukannya 18 tahun dahulu.

Pastinya desakan ini merupakan antara syarat utama untuk pembentukan pakatan pembangkang antara parti Mahathir iaitu PPBM dengan Pakatan .

Jadi tidak hairan lah janji Muhyiddin  mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara jika BN berjaya ditumbangkan semata-mata menagih sokongan parti itu .






One Response

  1. Anonymous says:

    D segi undang2 yg bole memberikn ampun adalh Raja bukn Tun Mahathir. Maaf dari TM dan bhwa tuduhan itu adalh rekaan tdk akn mengugat sedikitpun kredibiliti saksi2 & bukti yg dkemukakn d mhkmh. Yg bole bebaskn DSAI ialh saksi2 sendiri mengaku mereka telh brbohong semasa membrikn keterangan mereka dlm mhkmh.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.