..

..

BAPA ADUN TERLIBAT KUTIPAN DUIT KOPI BUKTI AMALAN RASUAH BERLELUASA ZAMAN DAP @dzainalabidin

on Saturday, September 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




" UMNO Pulau Pinang mengalu-ngalukan tindakan segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berlakunya kutipan "duit kopi" daripada pemohon-pemohon perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang diagihkan Kerajaan Negeri oleh bapa kepada seorang ADUN DAP berikutan tersebar video mengenainya di media sosial.

" Kita hairan kenapa DAP atau Kerajaan Negeri tidak mahu menjalankan siasatan dalaman apabila kes ini didedahkan walaupun DAP dan Kerajaan Negeri tidak menafikan perkara ini berlaku dan ia jelas melibatkan bapa kepada seorang ADUN dari DAP.

" Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang belum pun mula dibicarakan di Mahkahmah dan kini rakyat Pulau Pinang dikejutkan pula dengan dakwaan perlakuan rasuah oleh bapa kepada seorang ADUN DAP. Pendedahan kes ini membuktikan bahawa perlakuan rasuah masih berlaku secara berleluasa walaupun DAP mendakwa mereka Bersih dan Telus menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang.

" Tiada kes dalam rekod di mana seorang ahli keluarga terdekat wakil rakyat BN Pulau Pinang didakwa mengutip duit kopi daripada pemohon-pemohon rumah Kerajaan Negeri walaupun sepanjang BN menjadi kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 1974 sejumlah lebih 70 ribu unit perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah telah dibina dan diagihkan kepada rakyat Pulau Pinang.

" UMNO Pulau Pinang menggesa DAP untuk tidak bersikap "double standard" bila didedahkan berlakunya perlakuan rasuah yang melibatkan anggota parti DAP dan juga ahli keluarga terdekat pemimpin atau wakil rakyat DAP.

" UMNO Pulau Pinang difahamkan banyak kes serupa dilakukan oleh pihak-pihak lain tetapi pihak pembeli ataupun pemohon perumahan Kerajaan Negeri terlibat enggan tampil untuk membuat laporan polis atau SPRM kerana mereka masih menaruh harapan akan ditawarkan rumah oleh Kerajaan Negeri pada masa hadapan.
" Sehubungan itu UMNO Pulau Pinang turut menggesa SPRM untuk menyiasat secara menyeluruh dakwaan-dakwaan lain yang melibatkan pemberian wang kopi untuk mendapatkan tawaran rumah daripada Kerajaan Negeri.
" Rakyat Pulau Pinang yang telah memberikan sokongan kepada DAP sebelum ini perlu memikirkan semula sokongan mereka kepada DAP yang telah terbukti sebenarnya tidak sebersih, sejujur dan seamanah yang mereka lagukan.

Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri PulauPinang
Jumaat 2 September 2016


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.