..

..

BANGUNAN WARISAN TERGADAI KEPADA SINGAPURA , UBAH LAGI SOKONG KERAJAAN DAP !! @dzainalabidin

on Thursday, September 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Dulu mereka inilah yang kuat menyokong Guan Eng dan DAP semasa 2008 dan 2013 . Kini bisnes sudah tergadai kepada rakyat Singapura yang telah membeli bangunan warisan .

UBAH la lagi bersama DAP ... ini yang mereka dapat UBAH ..

Bukan setakat kampung , laut kini bangunan warisan  pun mereka nak JUAL !




GEORGETOWN -  Aktivis warisan dan penduduk tempatan melahirkan kebimbangan mereka berhubung tindakan sebuah firma hartanah Singapura yang membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town.

Daerah berkenaan adalah di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.

Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.

Hock Seong Choon, pemilik kedai kopi Wang Teng Kok merayu lebih banyak masa diberikan supaya beliau boleh mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaannya.

"Sekurang-kurangnya berikan kita kira-kira enam bulan untuk merancang kehidupan kita, kita hanya diberikan sebulan atau lebih untuk kosongkan kedai," kata Wang, 65, ketika ditemui di Jalan Penang, di mana kedainya terletak.

"Saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kedai ini kerana lokasinya yang strategik bagi penduduk tempatan dan pelancong, kami juga terkenal kerana mempunyai antara gerai nasi ayam Hainan yang terbaik," katanya.

"Dengan pengusiran ini, saya jangkakan kerugian sebanyak RM5,000 sebulan untuk diri sendiri manakala sembilan pekerja di sini akan kehilangan pekerjaan mereka," katanya



Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.

Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura - World Class Land - telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.

Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang.

"26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.

"Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang," kata Lay


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Sama je dengan TRX dan IPP pun tergadai kat China.

  2. Anonymous says:

    lantaq pi la bkn
    rumah cina

  3. Anonymous says:

    Bagus la tu..sokong lagi DAP tu..PADAN MUKA.

  4. Anonymous says:

    betul ke?penyokong kuat babee Dapigs!!! semasa PRU 13 tak malu malu berator ambik dari jo lok.

    masih ingat siapa si mampus lin king yik yang kasi hapus akta rent control act. sebab konon nya menghalang pembangunan di kawasan rumah pre colonial seperti di georgetown dan melaka.
    kat bandar melka satu kena jual pun hanjing hanjing cam oh tonh kock tak yalak.

  5. Anonymous says:

    Ya ke???
    Anda pasti???

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.