..

..

ADUN SUNGAI PINANG DIDESAK LETAK JAWATAN , IMEJ DAP TERPALIT RASUAH SEMAKIN BUSUK

on Saturday, September 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Imej kerajaan DAP semakin tercalar  dan buruk selepas satu persatu kes RASUAH dan KORUP kini menjadi najis ketika berurusan dengan   kerajaan negeri. Petanda  ini  menunjukkan terdapat pekung yang sangat busuk berleluasa  di sebalik pentadbiran CAT DAP. 

Jika sebelum ini Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah , kini
kutipan "duit kopi" daripada pemohon-pemohon perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang diagihkan Kerajaan Negeri oleh bapa kepada seorang ADUN DAP berikutan tersebar video mengenainya di media sosial.




Jika tidak kerana pendedahan oleh parti GERAKAN ini melalui bukti video ini , tentu ramai rakyat marhaein  ditindas hingga terpaksa membayar agen untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana tidak dapat mendapat pembelaan dan hak . 






Sikap DAP  atau Kerajaan Negeri dilihat double standard    tidak mahu menjalankan siasatan dalaman apabila kes ini didedahkan walaupun DAP dan Kerajaan Negeri tidak menafikan perkara ini berlaku dan ia jelas melibatkan bapa kepada seorang ADUN dari DAP.

Malah Mahkamah juga telah   mengeluarkan perintah reman tujuh hari ke atas Bapak Adun DAP terbabit  kerana didakwa terbabit dalam skandal “rasuah untuk rumah mampu milik”.  Adun DAP itu juga turut dipanggil oleh SPRM  hari ini untuk disoal siasat.  


Jadi ,  Adun Sungai Pinang dari DAP perlu bertanggung-jawab dengan meletakkan jawatan sebagaimana bekas Menteri KPWK   iaitu  Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil yang meletakkan jawatan apabila suaminya terlibat dalam skandal lembu dulu. 

Beliau perlu menunjukkan ketelusan kepada rakyat Pulau-Pinang dengan bertanggung-jawab ke atas tindakan  bapaknya  Uncle Lim yang telah memberi implikasi buruk kepada reputasi Kerajaan Negeri DAP. Dalam klip video yang dipaparkan dengan jelas menunjukkan terdapat transaksi yang berlaku dan kata janji yang diberi. 

Persoalan sekarang apa yang berlaku di sebalik terbongkarnya skandal Uncle Lim ?

 berapa ramai lagi kah  broker-broker yang terlibat selain Uncle Lim yang masih beroperasi di luar sana atas dengan mendakwa menjadi agen  proksi kerajaan negeri ? 

Di sini sudah ada asas yang mencukupi bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACC) untuk menyiasat menyeluruh seperti disarankan oleh UMNO P.Pinang. klik di sini


Guan Eng korup cuba backup tuduh orang fitnah pulak ..haha.. taktik lapok !!



3 Responses

  1. Anonymous says:

    LGE...lu punya kes pun blom abis, lagi mau kasi tau pentadbiran lu masih BERSHIT lagi ka..?? Tak tau malu ahhh....

  2. Anonymous says:

    Kalau dah buat salah, admit la. kenapa nak blame bapa kau? anak haram jadah

  3. Anonymous says:

    Apa kene mengena antara bapa dan ADUN tu? Camne dengan ada srg mantan menteri tu..yg suaminya buat keje, tapi dia tau langsung...guna duit rakyat...juta-juta, tapi tak tau langsung apa suami dia buat. Mana tau ADUN tu ttg bapak dia ambil rasuah ke ...apa-apa ke? Kenapa ADUN tu kena letak jawatan???? Bingung betul kepala otak ko le..!!

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.