..

..

TPM YAKIN UMNO DI SABAH TIDAK GOYAH WALAUPUN DISERANG BEKAS PEMIMPIN - @Zahid_Hamidi

on Monday, August 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sabah akan terus menjadi kubu kuat UMNO, itu keyakinan yang dilontarkan oleh Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun terdapat usaha untuk menggoyahkan kedudukan UMNO di negeri tersebut.

Zahid percaya UMNO Sabah mampu mengatasi cabaran getir meskipun terdapat pihak tertentu termasuk bekas pemimpinnya untuk menggoyahkan kedudukan UMNO dengan menubuhkan parti baharu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Negeri di Bawah Bayu bukan hanya retorik, sebaliknya sudah memperlihatkan prestasi cukup baik di negeri ini.

Katanya, sejarah politik di Sabah juga membuktikan jangka hayat parti baharu yang ditubuhkan atas rasa kemarahan dan kebencian tidak akan berkekalan, namun perkara itu tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya perlu ada solidariti dalam kalangan ahli UMNO.

“Sejarah politik Sabah sudah buktikan ketika itu USNO menjadi pemerintah dan ada parti lain ditubuhkan atas hasrat mahu balas dendam, rasa kekecewaan, kemarahan dan kebencian… jangka hayat parti itu tidak lama.

“Biarlah parti apa pun datang, soal kesatuan dan solidariti mesti jadi keutamaan asalkan kita bersatu hati dan tindakan, saya yakin Sabah terus jadi simpanan tetap UMNO,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon Lima di Dewan Sri Libaran pada Ahad.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun. UMNO Zon Lima merangkumi bahagian Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.

Timbalan Perdana Menteri berkata, parti yang kekal adalah parti keramat UMNO yang terus berjuang dengan rekod serta prestasinya sudah terbukti.

“Sabah memerlukan UMNO serta BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri, sekali gus terus maju dalam Malaysia,” katanya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.