Mohamed Azmin berkata, sebaliknya diskaun tersebut akan diberikan kepada semua kaum dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.
“Untuk perumahan mampu milik ini sama ada pangsapuri perkhidmatan, SOHO atau SOVO atau kemudahan lain atas nama mampu milik dan kos rendah, kerajaan ne­geri tidak mengenakan syarat mengikut kaum.

“Kalau bicara soal kemiskinan, ia meren­tasi kaum dan agama manakala prinsip kerajaan negeri ialah membantu golongan berkenaan.

“Dalam soal penyelarasan semula harga jualan (pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO mampu milik dan kos rendah) ini, ada beberapa garis panduan yang kita telah persetujui. Tetapi prinsip kerajaan negeri adalah kemiskinan tidak kenal warna kulit, agama dan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pembe­rita selepas melancar­kan buku bertajuk Ins­titusi Seni Khat dari Semenanjung Tanah Arab ke Yayasan Restu di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pela­buran, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan negeri, Datuk Teng Chang Khim.