..

..

SILALAH BUAT PARTI BARU , AHLI UMNO TETAP UTUH - @Zahid_Hamidi

on Thursday, August 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Sebelum ini anak Mahathir telah meroyan awal  parti baru mereka akan dihalang untuk didaftarkan . Tetapi kata Menteri yang bertanggungjawab iaitu Timbalan Perdana Menteri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau sendiri beri jaminan pihaknya tiada sebarang masalah untuk pendaftaran parti politik yang baru .


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti-parti politik yang baharu di negara ini. Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Jika ada parti baharu yang mahu diwujudkan, saya sebagai Menteri Dalam Negeri akan meluluskannya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO/Barisan Nasional (BN) negeri Perak di sini malam ini.


Malah  beliau  juga dilihat confident  berkata  penubuhan parti politik baharu tidak akan mampu menarik penyertaan anggota BN dan UMNO.

“Sejarah telah membuktikan banyak parti yang ditubuhkan sejak 1951, namun tidak mampu bertahan lama.

“Silalah buat parti baharu. Ahli UMNO dan BN tetap utuh dalam parti sebagai sebuah pasukan, biarkan parti serpihan datang dan pergi, tetapi UMNO tetap utuh,” katanya.

Sudah tentunya parti politik baru ini akan disertai penyokong tegar Mahathir dan  Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM)  yang kita sudah maklum kelibat puak  ini masih berada di dalam UMNO sebagai duri dalang daging .

Elok juga ditubuhkan parti baru ini seperti kata TPM kerana yang akan kekal dengan UMNO hanya lah ahli atau orang UMNO yang setia kepada parti bukannya setia dan taksub kepada pemimpin yang kini menjadi pengkhianat parti .






6 Responses

  1. Anonymous says:

    Hahaha...bergetar telur gayanya..

  2. dina says:

    berapa banyak parti daaa....ganggu rakyat dan kerajaan.asik berbalah jer kerja diorang ni. tak takut IS berleluasa ke?

  3. Anonymous says:

    Utoh macam kepala toh

  4. Anonymous says:

    Ahli UMNOn_k pemakan dedak memang tetap utoh mcm kepala But_h

  5. Anonymous says:

    "SILALAH BUAT PARTI BARU , AHLI UMNO TETAP UTUH - @Zahid_Hamidi"

    Masih utuh sebab dedak berbillion USD!!

    MAKAN TAK HABIS!!

    Kahkahkahkah....

  6. Anonymous says:

    Mana ada yang kekal di dunia ni kecuali Allah saw,Umno rasa ia akan kekal,utuh.macam tugu. Kita tunggu saat tu.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.