Kesemua 17 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib menghadiri persidangan itu selain kehadiran 14 wakil rakyat pembangkang.

Hanya ADUN Rhu Rendang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir kerana berada di luar negara. 

Kesimpulan yang boleh dibuat pasca  krisis ini ialah sikap dan pendirian PAS  yang mengamalkan politik matang dan mementingkan kepentingan rakyat . Jika mereka gila kuasa seperti PKR seperti Langkah Kajang   , sudah lama kerajaan BN Terengganu jatuh dan rakyat menjadi mangsa.






Terdahulu, sebelum penangguhan sesi pagi oleh Mohd. Zubir, persidangan tiba-tiba men­jadi tumpuan seketika apabila Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) bangkit untuk mengemukakan usul yang membuatkan umum tertanya-tanya, namun ia sebenarnya berkaitan wabak ke­sihatan terutama hepatitis B.

Sementara itu, Ahmad Razif ketika ditemui para pemberita selepas sidang DUN menyifatkan suasana tenang hari ini memberikan gambaran bahawa kemelut politik dan kerajaan negeri menemui jalan penyelesaian.

Beliau seterusnya yakin de­ngan perkembangan terbaharu itu, dapat mencambahkan semangat luar biasa seluruh ahli UMNO dan BN untuk mengukuh­kan parti dan usaha ke arah memenuhi kepentingan rakyat, di samping fokus ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.


“Masalah ini bukan masalah saya saja, sebenarnya masalah parti dan ini kita akan bincang secara bersama. Saya penuh yakin dengan semangat yang ada kalangan pemimpin UMNO adalah demi kepentingan parti dan bukannya peribadi,” ujarnya.