..

..

PARTI BERSATU UMPAMA RACUN , UMNO AKAN TERUS KUKUHKAN & ISTIQAMAH - ANUAR MUSA

on Monday, August 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini menegaskan penubuhan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) harus dipandang serius terhadap apa sahaja ancaman yang didatangkan kepada UMNO termasuk isu perpecahan.


 Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan ahli-ahli UMNO harus memperteguhkan dan memperkuatkan solidariti, setiakawan dalam parti, meningkatkan kefahaman terhadap dasar dan perjuangan parti, jelas dengan apa atau segala isu yang melanda parti ketika ini.

 “Tunku Abdul Rahman pernah tidak berada di dalam parti ketika Tun Dr Mahathir memimpin, Datuk Onn juga pernah berada di luar parti kepada Tun Abd Rahman mengambil alih kepimpinan UMNO.

 “Hari ini sejarah ini pada kita adalah satu ulangan, di mana Dr Mahathir pula berada di luar parti di atas pilihannya sendiri, tapi sejarah mengajar UMNO, selama mana kita berpegang kepada prinsip dan dasar, dan pemimpin tidak melanggar prinsip dan dasar, kita beristiqamah bersama-sama dengan pemimpin,” ujarnya.

 Beliau turut menyifatkan penubuhan parti baru ini umpama ‘satu racun’ yang memang boleh mengancam parti tetapi ada kadang-kala racun itu jugalah yang boleh membina antibodi kepada UMNO.

 “Kalau penubuhan parti lain digunakan untuk mengancam kita, tapi kita tidak memandang remeh, kita memperkuatkan diri kita, kita membina antibodi politik UMNO, maka UMNO akan tampil lebih kuat.

 “Itu keazaman kita, mulai sekarang ini kita kena lakukan berbagai-bagai usaha dengan membuat perubahan dan pembetulan, maka kita keluar untuk melihat keresahan dan masalah yang dihadapi rakyat,” tambahnya. Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan isu-isu yang mendatang termasuk isu 1MDB harus dan wajib untuk ditangani.

 Tegasnya, isu 1MDB ini tidak akan ada penghujungnya kepada pihak yang mahu mempolitikkannya tetapi kita mahu perkara itu diuruskan secara undang-undang dan peraturan. “Kita tidak mahu melihat perkara itu dilihat semata-mata dipolitikkan, sama ada politik dalam negara atau politik yang diterjahkan dari luar negara.

 “Jadi kita tidak akan sama sekali terbawa-bawa dengan pembawaan sesetengah pihak namun kita tidak boleh mengenetepikan isu 1MDB ini dan harus diberikan perhatian kerana ia adakah syarikat kerajaan, yang menggunakan dana rakyat dan sebagainya,” ujarnya lagi.

 Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan kesungguhan UMNO Bahagian apabila berjaya membuktikan solidariti di kalangan anggota sangat kuat dan berharap komitmen dan semangat setiakawan dalam UMNO dapat diterjemahkan juga di seluruh negara melalui sidang-sidang mesyuarat perwakilan UMNO di segenap lapisan yang sedang berjalan sekarang.

 “Kita ingin melihat persidangan perwakilan bahagian digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan solidariti parti dan dalam masa yang sama, untuk kita memperbaharui kefahaman tentang dasar-dasar dan falsafah perjuangan parti kerana ini satu merupakan satu perkara yang penting dan sangat diperlukan pada masa ini. “Kita berharap, kita akan dapat mempamerkan UMNO yang lebih kuat selepas persidangan yang berakhir 15 September ini,” tambahnya.–MediaUMNO


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.