..

..

MENGAPA NGA KOR MING TAKUT PENEMPATAN PENGGANAS DAESH DI TAIPING , INI JAWAPAN TPM @Zahid_Hamidi

on Sunday, August 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tindakan Nga Kor Ming DAP yang mempolitikkan penempatan pengganas di Kem Tahanan Kamunting bagi menimbulkan ketakutan penduduk Taiping  cukup memalukan ! 

Apa yang Nga takutkan sangat   bila KDN dan Jabatan Penjara membuat keputusan bahawa pengganas Daesh ini akan ditempatkan di satu penempatan iaitu di Kem tahanan Kamunting . 

Ia merupakan tindakan yang menjimatkan wang kerajaan daripada membina sebuah penjara baru hanya semata-mata menempatkan mereka yang sertai militan DAESH.  

Kalau Nga nak menghasut kononnya  Taiping sudah tidak selamat jika pengganas ini ditempatkan di tahanan di sini adalah satu kenyataan BODOH !  

Habis itu kalau penjara atau tempat tahanan dibina di kawasan tertentu bermakna rakyat di situ sudah tidak selamat la . 

Inilah perangai puak-puak chauvinis DAP  yang sentiasa mempolitkkan isu keselamatan negara untuk kepentingan mereka bagi menyalahkan kerajaan .






Pihak pembangkang seharusnya bersama dengan kerajaan dalam hal berkaitan keselamatan dan ini termasuklah bersama dalam keputusan menjadikan kem tahanan Kemunting sebagai pusat tahanan khas bagi militan Daesh dan pengganas.


Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam mengulas tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang ‘mengecam’ keputusan kerajaan itu.

“Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara telah lakukan pengubahsuaian kem tahanan berkenaan kerana pengganas-pengganas yang setakat ini ditahan di pelbagai penjara, tetapi kita letakkan di satu tempat agar proses redeklarasi dapat dilakukan ke atas mereka dan mereka dapat diasimilasikan masyarakat keseluruhannya dan diterima kembali.

“Dalam hal ini, jangan pandang rancangan kerajaan oleh kerana kita berbeza parti politik, maka sesuatu yang baik ditolak begitu sahaja kerana ia perlu dilihat dalam aspek keselamatan negara,” kata Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid.

Jelasnya lagi dengan kekangan masa dan kos adalah mustahil untuk membina sebuah penjara baharu bagi menempatkan tahanan militan yang kini sedia ada.

Oleh yang demikian, kem tahanan Kamunting dilihat sebagai satu penyelesaian bagi dijadikan satu tempat pengasingan bagi mereka yang terlibat dengan keganasan.

“Jadi saya berharap YAB Taiping (Nga) harus jangan berbeza pendapat, biar kita berbeza politik namun ini harus diterima dengan baik.

“Jangan risau mengenai keselamatam kerana kita mempunyai cukup orang (penguatkuasa) dan mempunyai ‘Standard of Procedure’ (SOP) yang baik untuk lindungi dan untuk pastikan keselamatan Taiping terpelihara,” demikian jaminan yang diberikannya.

Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid berkata demikian pada satu sidang media sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang hari ini.

Difahamkan pada mesyuarat tersebut telah diusul empat perkara dan antaranya mengenai perhal Daesh dan IS di negara ini.

“Usul itu perlihatkan UMNO berperanan untuk membantu Kerajaan terutama menangkis serangan kumpulan tersebut khususnya menerusi sosial media.

“Tentunya kita mahu jalinan dengan parti-parti politik bukan sahaja UMNO, kita ketepikan perbezaan, termasuk parti-parti pembangkang bersama-sama menangani permasalahan Daesh ini,” katanya yang meminta semua parti politik menggunakan pentas masing-masing mengekang ancaman pengganas tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang hadir pada majlis tersebut turut mengakui perlunya semua pihak bersatu.

“Kita memerlukan bukan sahaja kekuatan polis dan tentera tetapi juga pemimpin-pemimpin parti politik untuk bantu,” kata Menteri Pertahanan 






Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.