..

..

MEMALUKAN ! VIDEO PAU RASUAH UNTUK MEMILIKI RUMAH KOS RENDAH KERAJAAN DAP DIDEDAHKAN !

on Tuesday, August 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bila DAP berkuasa, punya nak mencekik duit rakyat hinggakan  diminta rasuah sebagai balasan untuk mendapat rumah kos rendah . Yang buat keja songlap ini pulak bapak Adun DAP  sendiri  !

Sekarang GERAKAN P.Pinang sudah mempunyai bukti video menunjukkan terdapat kegiatan RASUAH dalam projek perumahan kerajaan negeri !

Ia jelas menafikan hak rakyat lain yang layak  untuk memiliki rumah .

Di mana CAT kerajaan DAP ??

Kalau Ketua Menteri pun kaki rasuah inikah pulak macai2  di bawah menekan rakyat .






Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang daripada DAP, Lim Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes
seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah.

Lim berkata dia amat kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai rumah kos rendah.

"Ya, lelaki dalam video itu bapa saya, namun perkara ini berlaku di luar
pengetahuan saya dan saya hanya tahu mengenainya malam tadi. Saya ingin tegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, begitu juga saya," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini.




Lim ditemani beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN Seri Delima R.S.N Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang, ADUN Padang Lalang Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Lim, yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, mendedahkan bapanya Lim Kiat Seong, 68, adalah seorang pesara dan dia (Lim) tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan itu dan tidak berbuat sesuatu yang salah bagi pihaknya.

"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang aduan di kawasan saya berhubung amalan rasuah seperti yang didakwa untuk mendapatkan unit-unit rumah kos rendah dan saya nasihatkan semua mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan,"
katanya.

Sebelum itu, naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah kerajaan negeri.

Oh berkata kandungan perbualan dalam video itu menyebut ia direkodkan tahun lepas dan bapa Lim dilihat bersama seorang orang tengah melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai telah membuat bayaran namun tidak mendapat rumah itu.

"Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah. Bapa Lim nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu namun tidak bercakap," katanya.

Oh berkata kerajaan negeri terutamanya pengerusi jawatankuasa perumahan, perlu tampil ke depan dan nyatakan di khalayak ramai sama ada terdapat kaedah bagi permohonan segera untuk unit-unit rumah kos rendah.

"Kami berharap pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo akan menjelaskan perkara berhubung amalan rasuah dalam mendapatkan sebuah rumah kos rendah," katanya.

-Bernama


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.