Beliau pada masa sama menasihatkan ahli-ahli parti agar tidak terpengaruh dengan mereka yang telah keluar daripada UMNO.

“Tetapi, kita yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan UMNO di negeri itu terutamanya ketua bahagian dan kepimpinannya yang melihat kestabilan politik di Terengganu harus dipertahankan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Saya juga berharap kepimpinan dan ahli UMNO tidak terjebak dengan permainan politik luaran atau ahli politik yang melayani kekecewaan yang amat sangat,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini di sini. 

Beliau mengulas mengenai perkembangan kemelut politik Terengganu berhubung pene­gasan Menteri Besar negeri itu, Ahmad Razif Abdul Rahman bahawa tidak akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana yang kembali dihangatkan oleh beberapa pihak Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau optimis masalah itu dapat diselesaikan kerana yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan UMNO Terengganu menyelesaikan krisis politik yang kini melanda.

Beliau juga sedia maklum mengenai beberapa gerakan yang sedang dijalankan oleh pihak luar dan dalaman untuk memprotes kepimpinan kerajaan negeri.

Menurutnya, apa yang lebih penting ketika ini ialah semua pihak perlu memberi keutamaan kepada rakyat.

Malah, beliau juga yakin pihak pembangkang juga mahu proses demokrasi di Terengganu di­terjemahkan dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya lebih awal.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muh­yiddin Yassin yang menghantar permohonan penubuhan parti baharu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan meluluskan permohonan sekiranya ia lengkap dan memenuhi semua syarat ditetapkan sebagai mana penubuhan serta pendaftaran parti politik lain