..

..

FAKTA KERAJAAN PUSAT BANTU P.PINANG YANG TIDAK DISEMBUNYIKAN KERAJAAN DAP

on Thursday, August 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menggesa agar pihak-pihak tertentu berhenti daripada membuat tuduhan mengarut sebaliknya buktikan dengan fakta kononnya kerajaan pusat memberikan layanan buruk kepada negeri itu.
Jelasnya, dakwaan tersebut tidak lebih dilihat hanya berniat untuk memperlekehkan kerajaan persekutuan sedangkan selama ini semua negeri dilayan dengan sewajarnya walaupun ia ditadbir oleh pembangkang.
“Pihak terbabit jangan hanya pandai cakap pukul borong sahaja, politik mengarut tetapi kena buktikan apa yang menyokong dakwaan itu. Jika tidak, mereka patut diam dan berusaha untuk membela nasib rakyat. Sepatutnya kerajaan Dap Pulau Pinang berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah banyak membantu negeri Pulau Pinang.
“… mereka ambil alih negeri ini pun dalam keadaan infrastruktur dan prasarana yang sudah hebat hasil pembangunan Barisan Nasiona (BN). Jadi dia tidak perlu memburukkan kerajaan pusat.. merengek-rengek macam budak kecil yang tidak dapat mainan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, banyak projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat sepanjang Dap menjadi pemerintah di Pulau Pinang antaranya projek lebuhraya di Batu Maung, Bayan Lepas, pembesaran lapangan terbang, naik taraf hospital dan sekolah malah membina sekolah baru.
Malah baru-baru ini katanya lagi berkaitan isu pembinaan jambatan ketiga juga kerajaan pusat telah memberi jaminan untuk mengkaji jika ada keperluan pembinaannya malangnya kerajan negeri sendiri gagal menghantar dokumen yang diminta.
“Maka adalah tidak adil jika pihak berkenaan terus-menerus menuduh kerajaan pusat tidak membantu Pulau Pinang. Kerajaan pusat telah membantu sedaya mungkin tanpa mengira fahaman politik.
“Daripada sibuk memburukkan imej kerajaan pusat adalah lebih baik kerajaan Pulau Pinang fokus kepada projek demi kesejahteraan rakyat contohnya projek tebatan banjir, rumah kos rendah dan tidak menaikkan apa-apa lagi caj atau kadar yang akan membebankan lagi rakyat negeri ini,” katanya.
Untuk rekod, antara projek kerajaan pusat di negeri Pulau Pinang adalah meningkatkan kemudahan kesihatan dengan kos RM726 juta iaitu menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau (HPP) dengan kos RM20 juta, pembinaan blok wanita dan kanak-kanak HPP (RM250 juta) dan menaik taraf HPP fasa 2 dengan kos RM16 juta.
Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi pembinaan projek blok bertingkat Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan kos RM400 juta. Pembinaan blok itu untuk menampung kesesakan di hospital berkenaan termasuk RM15 juta bagi projek naik taraf sistem sokongan dan teknikal bangunan HSJ dan pembinaan klinik kesihatan di Bandar Perda dengan kos RM25 juta
Bagi kemudahan pendidikan, sebanyak RM92.16 juta diperuntukkan bagi projek pembinaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan di Bumbung Lima, Kepala Batas dan pembinaan sekolah baharu mengandungi 24 bilik darjah di Tasek Gelugor.
Kerajaan Pusat juga meluluskan dua projek meningkatkan pelaburan dan peningkatan ekonomi bernilai RM20.91 juta serta tiga projek meningkatkan kesejahteraan rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM123.22 juta. – MediaUMNO


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.