..

..

DINASTI LIM TERPALIT RASUAH , KEDUDUKAN PRESIDEN PAN MAT SABU JUGA TERGUGAT ??

on Friday, August 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Semakin panas cerita yang tersebar dari sumber dalam parti belaan DAP iaitu  PAN bahawa kedudukan Mat Sabu kini sebagai Presiden telah tergugat .

Ini kerana sudah 2 kem dalam parti itu antara Mat Sabu dan Husam Jannapari bagi merebut jawatan Presiden parti itu .

Apa puncanya ??  Parti baru belaan DAP ini  ditubuhkan sudah berebut kuasa ?

Itu yang menjadi persoalan sekarang.


Antara sebab Mat Sabu  mahu dicantas ialah  isu Guan Eng yang dituduh rasuah dan bakal meringkuk dalam penjara.  Hubungan Mat Sabu dan Guan Eng semua orang tahu memang rapat tetapi bila terpalit isu skandal rasuah banglo kepada Dinasti Lim , turut menerima tempias adalah orang kuatnya seperti Mat Sabu .

Ibarat kalau bosnya dijatuhkan maka orang kanannya juga turut menerima nasib yang sama !

Kegagalan Guan Eng mengadakan PRN P.Pinang ekoran tidak disokong PKR juga   telah membuatkan desakan dalaman DAP  sendiri  semakin kuat.

Mereka kini mahu Guan Eng meletakkan jawatan dan memberi laluan kerusi Ketua Menteri ini kepada anak tempatan negeri.  Selagi Guan Eng tidak dijatuhkan , Dinasti LIM akan terus berkuasa hingga PRU14.

Jadi , sesiapa yang disayangi Dinasti LIM  seperti Mat Sabu juga memang akan menerima nasib malang seperti Guan Eng yang kini sedang ditarik jatuh dari kerusi KM di Komtar .







Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.